Berita Harian: Dunia |
Protes anti-China meledak di Vietnam Posted: 09 Dec 2012 01:05 PM PST Bantahan mengenai tuntutan Spratly meletus di Hanoi, Ho Chi Minh Hanoi: Protes anti-China berhubung tuntutan Kepulauan Spratly meletus di dua kota utama Vietnam semalam. Perarakan kamu mencetuskan kekacauan dan menjejaskan dasar luar parti serta kerajaan" - Polis Dibenar berarak Polis pada mulanya membenarkan 200 penunjuk perasaan berarak dari Opera House tetapi mengarahkan mereka bersurai selepas 30 minit ia berlangsung. Bagaimanapun, sebahagian penunjuk perasaan meneruskan bantahan menyebabkan polis menahan 20 daripada mereka. Mereka menjerit 'Down with China' (Jatuhkan China) selain membawa sepanduk bermaksud 'Perluasan tentera China ancam keamanan dan keselamatan dunia.' "Perarakan kamu mencetuskan kekacauan dan menjejaskan dasar luar parti serta kerajaan," kata polis. Satu lagi protes lebih kecil berlaku di Ho Chi Minh, lapor blogger dan aktivis, Huynh Ngoc Chenh. Katanya, kira-kira 100 orang berhimpun melakukan protes selama 10 minit apabila diarah bersurai. Vietnam dan China sudah lama bertegang urat mengenai siapa yang memiliki Laut China Selatan, pertikaian membabitkan Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan. Vietnam tuduh China sabotaj Minggu lalu, Vietnam menuduh kapal China mensabotaj satu alat peninjau gegarannya di Laut China Selatan. Minggu lalu, Vietnam memberi amaran kepada China supaya tidak mengulangi perbuatan itu dan menyerahkan senarai pencabulan Beijing di perairan berkenaan. Baru-baru ini, China mengeluarkan pasport baru mengandungi peta menunjukkan kawasan miliknya di situ yang mencetuskan kemarahan Hanoi dan Manila. Pada musim panas 2011, bantahan anti-China berlangsung setiap minggu. - AP |
Posted: 09 Dec 2012 12:50 PM PST Khaerah: Penentang politik Presiden Mesir. Mohamed Morsi, semalam menimbang sama ada memberhentikan atau terus mengadakan bantahan besar-besaran terhadapnya selepas beliau menarik balik perintah khasnya. Pembantu Morsi berkata, presiden bersetuju membatalkan kuasa mutlak yang diumumkan bulan lalu menerusi perintah khas itu.
Gabungan pembangkang, Barisan Pembebasan Kebangsaan, akan bertemu untuk membincangkan kedudukannya selepas pengumuman itu, kata setiausaha agung salah satu parti utama, Emad Abu Ghazi. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan