Jumaat, 30 November 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Iran pamer kapal selam

Posted:

Iran pamer kapal selam

Iran pamer kapal selam

AFP
BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin.


TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.

Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.

Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.

Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.

Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik. - Agensi

Raja Arab Saudi muncul di TV

Posted:

Raja Arab Saudi muncul di TV

Raja Arab Saudi muncul di TV


REUTERS
GAMBAR yang dirakamkam dari sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan Raja Abdullah (kanan) berbual dengan beberapa tetamunya di Riyadh kelmarin.


JEDDAH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, 88, muncul di kaca televisyen negara itu kelmarin sejak pembedahan untuk memperkuatkan ligamen bahagian belakang badan baginda dibuat pada 17 November lalu.

Rakaman televisyen tersebut menunjukkan Raja Abdullah dikunjungi beberapa anggota kerabat diraja dan pegawai kerajaan di kompleks Bandar Perubatan Pengawal Kebangsaan Raja Abdullah di Riyadh.

Kestabilan Arab Saudi amat penting kerana ia merupakan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai simpanan lebih daripada satu perlima minyak dunia.

Terdapat khabar angin di beberapa buah laman sosial yang menyatakan kesihatan baginda merosot sehingga menyebabkan indeks pasaran saham di negara ini jatuh pada Selasa lalu.

Raja Abdullah yang menaiki takhta pada 2005 telah melantik adindanya, Putera Salman, 76, sebagai Putera Mahkota selepas kemangkatan Putera Nayef. - Agensi

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

Posted:

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penubuhan negara Palestin akan tertangguh walaupun Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf ia sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu.

"Ia (pengiktirafan itu) tidak akan menuju ke arah penubuhan sebuah negara Palestin. Sebaliknya, ia akan melengahkan penubuhan negara itu," kata Netanyahu semalam.

Israel sebelum ini memujuk supaya negara-negara Eropah tidak menyokong usaha Palestin untuk menjadi negara pemerhati bukan anggota di PBB. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan