Harian Metro: Global |
Posted: 19 Sep 2012 03:02 PM PDT ACCRA: Pengedar dadah sanggup mempertaruhkan nyawa kanak-kanak apabila mereka tergamak menyeludup kokain dalam gula-gula lolipop bagi mengaburi pihak berkuasa. Semalam, ratusan bungkusan gula-gula itu yang mengandungi kokain ditemui Pasukan Pengawal Sempadan Britain (UKBF) di sebuah lapangan terbang di Ghana. Dadah itu - dianggarkan bernilai 200,000 (RM992,000) - ditemui disembunyikan dalam lolipop berwarna-warni dan dibungkus dengan beg plastik. Anggota UKBF berpangkalan di lapangan terbang itu menemui kokain berkenaan selepas memotong lapisan luar gula-gula berkenaan.
"Dagangan dadah antarabangsa adalah perniagaan keji dan UKBF memainkan peranan penting menghalangnya," katanya.
"Penemuan terbaru ini amat mengejutkan dan berbahaya," katanya. - TS Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20 |
Lindsay langgar pejalan kaki ketika pulang dari kelab malam Posted: 19 Sep 2012 02:49 PM PDT NEW YORK: Polis berkata, aktres Lindsay Lohan ditahan di New York City selepas keretanya terbabas ke laluan pejalan kaki dan gagal menghentikan kenderaannya, menyebabkan seorang cedera. Menurut polis, Lindsay, 26, ditahan pada jam 2.25 pagi semalam ketika dia meninggalkan sebuah kelab malam di Manhattan. Insiden itu bagaimanapun tidak membabitkan pengambilan alkohol. Lindsay didakwa meninggalkan tempat kejadian dan menyebabkan kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan