Berita Harian: Dunia |
Habuk kayu, jerami bahan api pesawat Posted: 20 Sep 2012 03:02 PM PDT Paris: Pesawat penumpang dalam masa beberapa tahun akan datang bakal menggunakan jerami atau terbang menggunakan bahan api dari habuk kayu berikutan penyelidikan meluas untuk mencari alternatif lebih bersih dari minyak tanah, kata saintis Perancis. Projek "ProBio3" bermula awal Julai dan dibiayai bersama program rangsangan ekonomi kerajaan Perancis bertujuan menggunakan bahan tradisi jerami untuk membangunkan bahan baru biofuel yang boleh digunakan dalam campuran bersama minyak tanah. "Tidak lama lagi, pesawat mungkin boleh terbang menggunakan bahan buangan hutan dan pertanian," kata profesor Institut Kebangsaan Sains Tulen Toulouse (Insa), Carole Molina-Jouve, yang menyelaraskan projek ProBio3."Kita sudah mengetahui bagaimana untuk membina satu barisan pengeluaran asas tetapi kita perlu bergerak ke hadapan dalam bidang industri," katanya. "Kita perlu terjemahkan apa yang dilakukan dalam makmal ke alam sekitar sebenar sambil meningkatkan keuntungan dan kecekapan." Kurang kos Langkah menggunakan bahan asas jerami dan habuk kayu adalah satu sumber bahan bakar terbaru dalam satu siri pencarian biofuel bertujuan mengurangkan kos dan pencemaran bahan bakar. Alternatif bahan api Tetapi pembuat Eropah, Airbus, dari penyokong program percaya bahawa sumber habuk kayu dan sisa buangan pertanian boleh menjadi alternatif sumber bahan api masa depan. Dengan belanjawan sebanyak 24.6 juta euro (RM98.6 juta) sepanjang lapan tahun, ProBio3 bertujuan mewujudkan rangkaian pengeluaran berkeuntungan untuk minyak hidroproses, sejenis biofuel yang diberikan sijil oleh pertubuhan standard antarabangsa ASTM sebagai boleh digunakan bagi penerbangan dengan kombinasi minyak tanah. Bahan bakar dibuat dari kayu dan jerami mungkin pelik dengan buatan manusia yang paling melampau dalam enjin jet moden di mana suhu boleh mencecah 1,600 darjah Celsius. Tetapi saintis berkata mereka sudah mengetahui asas dalam proses itu. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan