Kosmo Online - Dunia |
Posted: Gerhana bulan separa di Asia
SYDNEY – Fenomena gerhana bulan separa pertama pada tahun ini dapat dilihat oleh kebanyakan orang di sebahagian kawasan di Asia. Di Australia dan timur Jepun, fenomena itu dapat dilihat apabila bumi bergerak antara bulan dan matahari sehingga meninggalkan satu bayang-bayang kelabu. "Ia kelihatan agak ganjil kerana keadaannya tidak seperti bulan sabit normal. Ia seperti satu gigitan yang dikeluarkan daripada bulan," kata Jonti Horner dari Jabatan Astrofizik, Universiti New South Wales, Sydney. Sementara itu, beratus-ratus orang yang membanjiri Planetarium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan fenomena itu kecewa kerana ruang angkasa dilitupi awan. Namun, orang ramai di Jakarta bertuah kerana cuaca ketika itu begitu baik dan memberi peluang mereka melihat fenomena tersebut selama 90 minit. "Ia merupakan sesuatu yang amat menarik kerana anda tidak akan melihat gerhana seperti ini pada setiap tahun," kata seorang anggota sebuah kelab astronomi, Ichshan Ramadan. – AFP | |
Posted: 23 maut bas jatuh gaungSEBUAH bas yang membawa tetamu majlis perkahwinan terbabas ke dalam gaung di Kampung Narar kelmarin. ISLAMABAD - Seramai 23 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan majlis perkahwinan terjunam ke dalam gaung di Kampung Narar, Pakistan, kata beberapa pegawai kesihatan dan polis semalam. Kemalangan itu berlaku ketika bas tersebut membawa 80 penumpang yang dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan kelmarin. Menurut ketua hospital di daerah Kahuta, Ziaullah Khan, seramai 20 mangsa terbunuh di tempat kejadian. Beliau berkata, seramai 64 mangsa yang cedera dihantar ke hospital. "Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital menjadikan jumlah yang terbunuh ialah 23 orang. Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh," katanya. Seorang pegawai kanan polis di Rawalpindi, Azhar Hameed Khukhar berkata, mengikut laporan awal, bas itu terbabas ke dalam gaung semasa melalui selekoh. - dpa | |
25,000 saksikan konsert Madonna Posted: 25,000 saksikan konsert Madonna
ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu - Penyanyi terkenal, Madonna menghiburkan penonton pada konsert pertamanya di Stadium Yas Island di sini kelmarin. Seramai 25,000 yang menyaksikan persembahan penyanyi tersebut menjerit dan bersorak semasa Madonna membuat persembahan lebih dua jam. Bandar ini merupakan persinggahan keduanya selepas dia membuat persembahan di Israel. Penyanyi itu turut menyatakan kepada para penonton bahawa cuaca di negara ini amat panas. Beberapa peminat di rantau Asia Barat yang menyaksikan konsert jelajah itu tidak tersinggung dengan Madonna yang membuat persembahan di Tel Aviv, Israel pada minggu lalu. "Kebudayaan untuk setiap orang, saya tidak kisah dia (Madonna) pergi ke Tel Aviv," kata seorang penduduk dari Lebanon, Patricia Chebli. Satu pasangan dari Jordan, Tala dan Omar Zaru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 dengan menyaksikan konsert tersebut. Omar turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada hari yang sama. Konsert jelajah Madonna yang melibatkan 80 buah negara akan berakhir di Australia pada tahun 2013. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan