Selasa, 5 Jun 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Syria haram diplomat asing

Posted: 05 Jun 2012 12:55 PM PDT

Dunia

Balas tindakan Barat, Turki usir duta, kakitangan kanan diplomatik

DAMSYIK: Syria mengisytiharkan diplomat dari negara Barat dan Turki sebagai orang yang dilarang masuk ke negara itu atau digelar 'persona non grata.'

Kementerian Luar Syria berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap duta Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Turki, sebagai membalas pengusiran diplomatnya daripada negara berkenaan.

Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011.

"Ada negara baru-baru ini memaklumkan ketua misi dan kakitangan kedutaan kami tidak dialu-alukan di negara mereka," menurut satu kenyataan.

Malah, kenyataan itu juga memaklumkan tindakan sama ke atas duta Kanada, Itali, Sepanyol dan kakitangan kedutaan dari Belgium, Bulgaria dan Jerman.

Ia menekankan, Syria masih percaya kepada dialog berdasarkan dasar kesaksamaan dan hormat menghormati dan diplomat adalah alat sesuai untuk negara menyelesaikan sengketa.

"Kami berharap negara itu akan memegang kepada prinsip yang sama dengan membenarkan hubungan kembali normal," katanya.
Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011.

Di medan konflik, anggota tentera dan militia pro pemerintah dibantu kereta perisai melakukan serangan terhadap pemberontak, merampas pekan tengah Kfar Zita selepas mengebom tiga hari, kata agensi Hak Asasi Pemantauan Syria, sambil menambah pemberontak sudah berundur.

Kumpulan militia pro kerajaan juga merompak rumah dan kedai selepas penduduk melarikan diri, dakwa pemerhati.

Difahamkan, empat orang awam terbunuh semalam dalam operasi ketenteraan besar-besaran di kawasan Kfar Oweid, Idlib, wilayah yang bersempadan dengan Turki yang juga kubu kuat pasukan pemberontak.

Pemberontak dan militia berkenaan turut bertempur di beberapa kawasan di wilayah barat laut Syria, kata pertubuhan hak asasi Observatory yang berpejabat di Britain.

Ia berkata beberapa daerah bandar Homs, juga di utara Damsyik, diserang bedilan artileri, sebahagian taktik askar kerajaan menghancurkan penentang.

Di Latakia, satu kawasan dekat rantau Mediterranean, dua pemberontak terbunuh kerana serangan tentera kerajaan terhadap pekan al Hafa.

Salah seorang yang terbunuh itu adalah pegawai yang belot daripada pasukan tentera dan menyertai pemberontak. – AFP


Israel ada cara halang pelawat pro-Palestin

Posted: 05 Jun 2012 12:53 PM PDT

Dunia

BAITULMAQDIS: Israel menggunakan taktik baru untuk menyekat aktivis pro-Palestin masuk ke wilayahnya dengan memaksa mereka membuka emel ketika pemeriksaan di sempadan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Salah seorang mangsa ialah Sandra Tamari ketika dia tiba di lapangan terbang antarabangsa apabila disuruh membuka emel Gmail supaya 'mendaftar masuk.'

Ejen itu mengesyaki Tamari terbabit dalam aktiviti pro-Palestin dan mahu memeriksa akaun emel peribadi untuk mendapat bukti. Warga Amerika berketurunan Palestin itu enggan menyebabkannya diusir. Pengalaman Tamari bukan sesuatu yang unik. Menyasarkan hanya individu Islam atau Arab, ia bertujuan mengusir pelawat yang mempunyai sejarah aktiviti pro-Palestin.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekurang-kurangnya tiga wanita Amerika diusir. Tidak dapat dipastikan sejauh mana meluasnya amalan ini.

Ditanya mengenai kes Tamari, agensi keselamatan Shin Bet mengesahkan wanita itu disoal siasat dan berkata ejennya bertindak mengikut undang-undang.

Israel sekian lama mempunyai sejarah menggunakan profil etnik, menggelarnya satu keperluan kerana pengalaman diserang pengganas.
Pelawat Arab dan sesiapa saja dilihat sebagai risiko sering menjadi subjek soal siasat hebat termasuk dibogelkan.

Diana Butto, bekas penasihat perundangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan fellow di jurusan Pentadbiran Harvard Kennedy, berkata dasar pemeriksaan emel, satu ketika dulu digunakan secara rawak, lebih meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Butto berkata beliau mengetuai tiga kumpulan pelancong ke rantau itu sejak beberapa tahun lalu dan dalam setiap kes, sekurang-kurangnya seorang anggota kumpulan diminta membuka emel.

Katanya, individu Islam, Arab dan India biasanya menjadi sasaran dan dalam kebanyakan kes tidak dibenar masuk. – AP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan