Sabtu, 14 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Siri wawancara kontroversi dilancar

Posted:

Siri wawancara kontroversi dilancar


RANCANGAN kontroversi, The World Tomorrow yang bakal dilancarkan oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange pada Selasa ini. - AGENSI


MOSCOWi 14 April - Pengasas Wikileaks, Julian Assange akan melancarkan rancangan wawancara di televisyen pada Selasa ini tetapi senarai tetamunya masih dirahsiakan.

Assange yang diletakkan dalam tahanan di rumah di England dan menentang ekstradisi ke Sweden untuk disoal siasat berhubung dakwaan serangan seksual, melakukan rakaman rancangan The World Tomorrow itu dari Britain.

Stesen televisyen berbahasa Inggeris yang dibiayai oleh Kremlin, Rusia Today (RT) berkata, pihaknya tidak mahu mendedahkan senarai tetamu lebih awal, tetapi wawancara pertama dijangka mencetuskan kontroversi.

"Kami tidak mahu menghilangkan suspen dengan menyiarkan nama tetamu pertama.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Amerika Syarikat mohon maaf kepada Shah Rukh Khan

Posted:

Amerika Syarikat mohon maaf kepada Shah Rukh Khan

WASHINGTON 14 April - Amerika Syarikat (AS) memohon maaf dan menafikan dakwaan perkauman selepas bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) ditahan oleh pihak berkuasa imigresen AS setibanya beliau di New York dengan menaiki jet peribadi.

India mengemukakan bantahan diplomatik selepas Shah Rukh berkata, beliau ditahan selama 90 minit Khamis lalu setelah mendarat di Lapangan Terbang White Plains, New York dalam perjalanan untuk menyampaikan ucapan di Universiti Yale.

"Kami amat menghormati Encik Khan dan tugasnya sebagai artis dan juga sebagai tokoh yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan," ujar jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner kepada media semalam, sambil mengulangi kenyataan memohon maaf oleh Kedutaan AS di New Delhi.

Tambah Toner, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh Shah Rukh akibat kejadian tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan