Sabtu, 14 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Peminat wanita One Direction Britain hantar ancaman bunuh

Posted:

Peminat wanita One Direction Britain hantar ancaman bunuh

Peminat wanita One Direction Britain hantar ancaman bunuh


ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan One Direction Britain terdiri daripada Tomlinson yang berdiri di sebelah Payne, Styles, Malik dan Horan. - Agensi


LONDON – Para peminat kumpulan Britain, One Direction menghantar ancaman bunuh kepada anggota sebuah band dari Amerika Syarikat (AS), menurut beberapa laporan semalam.

Ancaman itu dibuat kerana band dari AS itu menggunakan nama yang sama dengan kumpulan One Direction.

Menurut vokalis band dari AS itu, Sean O'Leary, terdapat banyak e-mel kebencian antaranya ancaman untuk memotong alat sulit.

"Salah satu yang masih saya ingat ialah seorang gadis menyatakan mahu membunuh bapa saya," katanya kepada akhbar The Sun.

Kebencian tersebut meningkat disebabkan kumpulan One Direction dari Britain itu kini disaman oleh band One Direction dari AS.

Band dari AS itu menuntut ganti rugi sebanyak AS$1 juta (RM3.05 juta) atas dakwaan melanggar hak cipta.

One Direction dari Britain itu dianggotai oleh lima pemuda.

Empat anggota kumpulan itu terdiri daripada pemuda Britain dan seorang lagi dari Ireland yang berusia antara 18 hingga 21 tahun.

Mereka terdiri daripada Louis Tomlinson, Harry Styles, Niall Horan, Zayn Malik dan Liam Payne.

Bakat kumpulan itu dicungkil menerusi program televisyen Britain yang diasaskan penerbit terkenal, Simon Cowell menerusi programThe X Factor.

Album sulung mereka mencatat kejayaan yang belum pernah dicapai oleh kumpulan pop Britain apabila ia mengungguli carta lagu di AS pada bulan

Pakaian Rihanna jadi tumpuan

Posted:

Pakaian Rihanna jadi tumpuan

Pakaian Rihanna jadi tumpuan

SYDNEY – Penyanyi terkenal, Rihanna (gambar) mencuri tumpuan apabila dia hanya memakai sehelai kot labuh ketika makan malam di sebuah restoran di sini kelmarin, lapor laman hiburan Entertainmentwise semalam.

Pakaian berwarna kelabu cerah itu menyebabkan bahagian paha penyanyi berkenaan terdedah.

Menurut beberapa laporan media, Rihanna, 23, dilihat memakai pakaian seksi tersebut ketika meraikan majlis hari jadi rakan baiknya, Melissa Forde.

Penyanyi yang berasal dari Barbados itu berada di sini untuk mempromosikan filem pertama lakonannya, Battleship.

Sementara itu, Rihanna turut mengelak daripada bertembung dengan bekas kekasihnya, Chris Brown. – Agensi

Korea Utara malu roket berkecai

Posted:

Korea Utara malu roket berkecai

Korea Utara malu roket berkecai


GAMBAR fail menunjukkan roket Unha-3 yang membawa satelit di pusat pelancaran Tangachai-ri, Korea Utara pada 8 April lalu.


PYONGYANG – Korea Utara semalam mengumumkan roket jarak jauhnya, Unha-3 gagal menuju ke orbit yang merupakan pengakuan yang memalukan.

Kegagalan tersebut sekali gus memberi tamparan hebat kepada pemimpin muda negara komunis itu, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Jong-un menggantikan bapanya, Kim Jong-il yang mati dipercayai kerana serangan sakit jantung pada Disember tahun lalu.

Pelancaran itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-100 kematian pengasas Korea Utara, Kim Il-sung yang juga datuk Jong-un.

Ia juga dilakukan bagi meraikan kebangkitan Jong-un yang kini dilaporkan mahu meneruskan ujian nuklear yang ketiga dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan tentera negaranya.

Satelit yang dihantar itu didakwa Korea Utara akan digunakan untuk tujuan penyelidikan.

Korea Utara menegaskan, roket membawa satelit itu ke orbit berkecai sebelum jatuh ke laut selepas bergerak dalam jarak yang lebih pendek berbanding sebuah lagi roket yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Roket tersebut hanya terbang selama beberapa minit sebelum meletup di laut yang memisahkan Semenanjung Korea dan China.

Pada tahun 2009, sebuah roket Korea Utara berkecai selepas bergerak sejauh 3,800km.

Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) memberitahu, bahagian pertama roket itu jatuh ke dalam laut di barat Korea Selatan.

Pelancaran roket itu melanggar sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia turut menerima kecaman AS, Rusia, Korea Utara dan Jepun yang mengancam mengetatkan lagi sekatan bagi menghalang Korea Utara membangunkan senjata nuklearnya.

Sementara itu, Setiausaha PBB, Ban Ki-moon meminta Korea Utara supaya berhenti daripada melakukan tindakan provokatif susulan kegagalan pelancaran roket jarak jauh negara berkenaan.

Kenyataan Ki-moon di Geneva dibuat selepas timbuh spekulasi bahawa negara yang dikembali sebagai Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) itu merancang untuk melakukan ujian nuklear seterusnya.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung berkenaan menjelaskan bahawa PBB masih komited untuk menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada Korea Utara.

"Setiausaha Agung PBB menggesa DPRK supaya tidak meneruskan tindakan provokatif yang boleh meningkatkan situasi tegang di rantau Korea," kata jurucakapnya, Martin Nesirky.

Pelancaran roket jarak jauh tersebut "amat dikesali" dan pada masa yang sama, ia melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB, kata Ki-moon melalui jurucakapnya itu. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan