Selasa, 17 April 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bujang terlajak miliki 82 anak

Posted: 16 Apr 2012 08:29 AM PDT

AMSTERDAM: Seorang lelaki yang kekal teruna sehingga berusia 34 tahun, kini menjadi bapa kepada 82 anak dalam tempoh hanya sembilan tahun.

Tidak cukup dengan itu, Ed Houben juga bakal mendapat 10 lagi anak tidak lama lagi.


Houben, 42, memiliki begitu banyak zuriat apabila dia meniduri kira-kira 15 wanita yang tidak mempunyai anak setiap bulan dalam usahanya merealisasikan impian mereka menjadi ibu.

Difahamkan, ketika ini Houben boleh dianggap pembuat anak profesional paling produktif di dunia dan aktivitinya itu pula dibenarkan undang-undang.


Walaupun sedia menawarkan benih kepada mana-mana wanita di seluruh dunia, Houben kini lebih selesa menunggu wanita menghubunginya di rumahnya di Maastricht.


Dia hanya menetapkan syarat agar pasangannya memasuki fasa kesuburan tertentu dan mereka pula mesti menanggung semua perbelanjaan perjalanan serta penginapannya.

Setakat ini, 'keluarga' Houben berada di Berlin, selain beberapa bandar lain di Itali, Sepanyol. Belgium, Perancis dan New Zealand.


Anak paling tua Houben berusia sembilan tahun, manakala yang bongsu baru dua bulan.

Houben mula mendermakan spermanya kepada sebuah klinik tempatan sebelum dia mengetahui benih lelaki mempunyai pasaran yang besar di seluruh dunia.


Laman sesawang spermaspender.de di Jerman adalah satu daripada cara Houben berhubung dengan wanita yang tidak mempunyai anak dan terdesak mahu menjadi ibu.


Pencapaian Houben sebagai penderma sperma juga cemerlang. Setakat ini, 80 peratus wanita yang ditiduri Houben berjaya hamil.


Untuk melayakkan mendapat 'perkhidmatan' itu, seseorang wanita mesti mengemukakan rekod perubatan yang mengesahkan status kesihatan mereka. - DM




Syahrini sewa jet peribadi

Posted: 16 Apr 2012 08:29 AM PDT

JAKARTA: Jadual yang padat mendorong penyanyi Syahrini supaya bijak membahagikan masa. Gara-gara bimbang terlewat pergi ke Jepun, Syahrini memutuskan untuk menyewa sebuah jet peribadi.

Ahad lalu Syahrini berada di Jambi dan dia perlu bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Cangkerang. Sebaik tiba di Jakarta, Syahrini perlu berangkat lagi untuk berlepas ke Jepun. Disebabkan bimbang ketinggalan kapal terbang, penyanyi lagu 'Kau yang Memilih Aku' itu memutuskan menggunakan jet peribadi disewa khas dari Jambi. "Syahrini ada di Jambi dan dia menaiki jet peribadi agar tidak ketinggalan kapal terbang ke Jepun. Masalahnya jadual Syahrini sangat padat," kata setiausahanya, Reindhy di Hotel Sheraton Bandara, kelmarin. Menurut Reindhy, Syahrini berlepas ke negara Sakura itu untuk menyanyi. Dia ke sana bersama adiknya yang juga pengurusnya, Aisyahrani. Adik Syahrini juga dikatakan menjalankan sesi fotografi praperkahwinan di Jepun. "Syahrini berlepas ke Jepun bersama saya dan adiknya, Rani. Di sana dia mahu menyanyi, jalan-jalan dan juga melakukan sesi fotografi pra perkahwinan Rani," kata Reindhy. - Detikhot




Tiada ulasan:

Catat Ulasan