Khamis, 23 Februari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Aksi lucah Adele di pentas

Posted: 22 Feb 2012 11:39 AM PST

LONDON: Penyanyi Britain yang baru saja memenangi enam anugerah Grammy minggu lalu, Adele, menjadi perhatian media selepas dia menunjukkan isyarat lucah di depan orang ramai, semalam.

Menghadiri majlis anugerah pop terbesar Britain, Brit Awards, Adele mengangkat jari hantunya sejurus selepas pengacara majlis, James Corden, menamatkan ucapan diberinya atas faktor masa.


Adele, 23, ketika itu menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.

Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.


Tindakan itu dibalas Adele dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.


Akhbar paling laris di Britain, The Sun menyiarkan gambar aksi Adele itu di muka depan dengan tajuk "Someone dislikes you" sebagai sindiran untuk lagu popularnya ketika ini, Someone Like You.

Pesaing akhbar itu, Mirror, juga menampilkan gambar sama diiringi tajuk "Adele: Go to hell!!" (Adele: Pergi mampus!!).


Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas.

Katanya, isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya dan meminta maaf jika tindakan itu menghina sesiapa.


"Ia reaksi yang wajar atas tindakan yang menyakitkan hati saya," katanya. Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas saluran televisyen Amerika Syarikat, NBC dan NFL meminta maaf atas perlakuan sama ditunjukkan penyanyi rap Britain, M.I.A. ketika Madonna beraksi dalam pertandingan Super Bowl. - Reuters



Rakaman gelagat nakal suami Perdana Menteri Finland di meja makan dapat sambutan

Posted: 22 Feb 2012 11:30 AM PST

COPENHAGEN: Menghadiri majlis rasmi dan mendengar siri ucapan berpanjangan memang memenatkan dan membosankan.

Itulah yang ditunjukkan Pentti Arajarvi, suami Presiden Finland, Tarja Halonen, ketika menghadiri makan malam anjuran Ratu Denmark, baru-baru ini.


Untuk menghilangkan kebosanan, Arajarvi, 63, mengalih perhatiannya kepada wanita di sebelahnya yang kebetulan Puteri Mahkota Denmark, Mary Elizabeth.

Memakai gaun hitam yang menampakkan sebahagian daripada dadanya, selain pelbagai perhiasan lain, puteri berusia 40 tahun itu ternyata menarik minat Arajarvi selama beberapa saat.


Bagaimanapun, Arajarvi dilihat kemalu-maluan apabila Mary menyedari perhatian diberi kepadanya dan dia terus menutup dadanya dengan tangan.


Arajarvi segera mengalih pandangannya ke arah bertentangan dan pura-pura melihat siling.

Aksi itu sempat dirakam kamera dan kini menjadi perhatian ramai di Internet. Sehingga kini, klip rakaman insiden itu menarik perhatian beribu-ribu pengunjung laman sesawang YouTube.


Walaupun pelbagai komen diberikan, sesetengah pelayar bersikap lebih terbuka dengan tingkah laku Arajarvi.

Seorang daripada mereka berkata: "Dia hanya manusia biasa." - DM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan