Khamis, 23 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk Afghanistan mengamuk

Posted:

Penduduk Afghanistan mengamuk

Penduduk Afghanistan mengamuk


RIBUAN penduduk Afghanistan berlari-lari sambil melaung slogan anti-Amerika Syarikat semasa menunjuk perasaan membantah kes membakar al-Quran di Kabul, semalam. - AFP


KABUL 23 Feb. - Beribu-ribu penunjuk perasaan Afghanistan bertindak mengepung dan menyerang ibu pejabat Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) di wilayah Laghman, timur Kabul, hari ini.

Ia merupakan bantahan yang masuk hari ketiga berikutan insiden pembakaran al-Quran di pangkalan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Bagram tiga hari lalu.

Pegawai kanan polis, Khalilul Rahman berkata, penunjuk perasaan bertindak membakar sebuah kontena dan memanjat dinding kompleks itu yang merupakan kediaman untuk warga asing termasuk beberapa anggota tentera NATO.

"Dua orang dilaporkan cedera ditembak oleh pihak yang tidak dikenal pasti ketika mereka melontar batu ke arah dinding PRT," katanya.

Dalam pada itu, dua tentera Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai NATO ditembak mati oleh askar Afghanistan.

Sementara itu, Taliban hari ini menggesa rakyat Afghanistan supaya menuntut bela atas insiden pembakaran al-Quran itu dengan menjadikan pangkalan tentera asing sebagai sasaran.

Mereka juga menggesa rakyat Afghanistan supaya 'pukul dan bunuh' rakyat negara Barat ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah kejadian itu berlarutan masuk hari ketiga hari ini.

Agensi berita Reuters melaporkan beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di beberapa bandar di seluruh negara ini, semalam dengan sebahagian daripada mereka melaungkan slogan 'Amerika Pergi Mampus' dan mendesak Amerika Syarikat (AS) dan tentera asing meninggalkan negara ini.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, rakyat mesti menjadikan pangkalan tentera penjajah termasuk konvoi tentera sebagai sasaran dan menyerang mereka.

''Mereka (rakyat negara Barat) perlu dibunuh, dipukul dan ditangkap untuk diajar supaya tidak mencemarkan kesucian al-Quran lagi,'' katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan AS dan komander tentera AS yang memimpin tentera NATO telah meminta maaf di atas insiden yang mereka anggap tidak disengajakan itu, selepas buruh rakyat Afghanistan menemui cebisan sejumlah al-Quran terbakar ketika mengutip sampah di Pangkalan Udara Bagram di utara Kabul.

Tunjuk perasaan terbesar berlaku di wilayah Laghman, hari ini, selain bandar Jalalabad di timur negara ini dan Kabul.

Presiden Afghanistan, semalam meminta rakyat bertenang selepas 12 orang ditembak mati dan berpuluh cedera dalam demonstrasi tersebut.

Karzai menggesa pasukan keselamatan melindungi keselamatan rakyat awam dan harta benda.

''Rakyat berhak mengadakan tunjuk perasaan tetapi saya minta rakyat mengelak menggunakan kekerasan,'' katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa rakyat menunggu hasil siasatan yang dijalankan berhubung pembakaran al-Quran itu. - Reuters/AFP

Iraq diserang bom silih berganti, 60 maut

Posted:

Iraq diserang bom silih berganti, 60 maut

Iraq diserang bom silih berganti, 60 maut

BAGHDAD 23 Feb. - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam beberapa serangan bom dan tembakan di seluruh Iraq, hari ini.

Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, kebanyakan serangan itu berlaku di Baghdad.

Katanya, satu serangan bom kereta di daerah Kadhimiya di utara Baghdad menyebabkan enam orang maut dan 15 lagi cedera.

Di pekan Adhamiyah, beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah pos kawalan polis sehingga membunuh enam orang dan tiga cedera.

Di Dura, selatan Baghdad, satu serangan bom tepi jalan mengorbankan dua orang dan mencederakan 10 lagi. - AFP/AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan