Khamis, 23 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Berlian merah jambu ditemui

Posted:

Berlian merah jambu ditemui

Berlian merah jambu ditemui

BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.


SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP

Jepun mahu bina lif ke angkasa

Posted:

Jepun mahu bina lif ke angkasa

Jepun mahu bina lif ke angkasa



TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Adele buat isyarat lucah

Posted:

Adele buat isyarat lucah

Adele buat isyarat lucah


ADELE memegang Anugerah Artis Solo Wanita Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Muzik Britain di Arena O2 di London kelmarin.


LONDON - Tahun 2012 merupakan tahun bertuah buat Adele apabila dia bukan sahaja meraih enam anugerah Grammy tetapi turut merangkul dua anugerah pada Anugerah Muzik Britain.

Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah.

Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya.

"Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele.

"Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya.

Adele, 23, memenangi dua kategori utama Anugerah Muzik Britain iaitu Artis Solo Wanita dan Album Terbaik 2011 menerusi albumnya, 21.

Anugerah Artis Solo Lelaki dimenangi Ed Sheeran yang turut merangkul trofi kategori Aksi Cemerlang manakala Coldplay pula meraih anugerah Kumpulan Britain.

Penyanyi popular, Bruno Mars memenangi trofi Artis Antarabangsa Solo kategori lelaki.

Rihanna yang membuat persembahan pada majlis itu memenangi Artis Antarabangsa Solo Wanita.

Anugerah Muzik Britain yang berlangsung buat kali kedua di stadium Arena O2 di sini dihoskan oleh aktor popular Britain, James Corden. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan