Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Mandat pasukan pemantau tamatGambar yang dikeluarkan Jawatankuasa Penyelaras Tempatan Syria (LCC Syria) menunjukkan tentera mengaturkan kedudukan kereta kebal di bandar Homs, kelmarin. - AFP DAMSYIK 21 Jan. - Mandat pasukan pemantau Liga Arab di Syria tamat pada Khamis lalu ketika aktivis pembangkang menggesa usaha itu diisytiharkan sebagai gagal. Menteri negara-negara Arab dijadual bertemu esok untuk menyambung misi itu selama sebulan lagi atau mengambil tindakan lebih tegas terhadap kerajaan Syria pimpinan Presiden, Bashar al-Assad yang melaksanakan tindakan kekerasan terhadap kebangkitan rakyat sehingga mengakibatkan 5,000 orang maut setakat ini. Kira-kira 125 anggota pemantau masih berada di Syria bagi menunggu keputusan Liga Arab selepas menyerahkan laporan mereka pada Khamis lalu. Seorang pegawai Liga Arab di Kaherah yang enggan dikenali berkata, kira-kira 40 anggota pemantau meninggalkan Syria kerana bimbangkan keselamatan mereka. Kebanyakan aktivis dan kumpulan hak asasi manusia yang pada mulanya berkempen menyokong misi pemantauan itu diadakan, menyatakan Liga Arab perlu menamatkan usaha tersebut dan merujuk krisis itu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sementara itu, kerajaan Syria yang pada awalnya menolak kehadiran misi pemantau tersebut menyatakan persetujuan pemantauan itu dilanjutkan. Misi pemantau itu dikritik hebat kerana skop pemantauannya terlalu kecil dan terhad untuk melihat secara menyeluruh krisis yang melanda negara tersebut walaupun dua bandar raya terbesar, Damsyik dan Aleppo tidak terjejas. Selain itu, anggota pemantau juga adalah dari negara Arab yang dilihat sering melanggar hak asasi manusia dengan ketua pasukan pemantau, Jeneral Mohammed Ahmed al-Dabui dituduh terlibat dalam jenayah perang di Sudan, meningkatkan kritikan berkenaan. - AGENSI |
Posted: Tolak mansuh jenayah sodomiKANSAS CITY, Kansas 21 Jan. - Gabenor Kansas, Sam Brownback yang menubuhkan Pejabat Pemansuhan bagi mencadangkan pemansuhan undang-undang lapuk dan membebankan negeri ini, tidak menyenaraikan akta jenayah sodomi dalam senarai cadangan terbaru pejabat tersebut. Brownback yang merupakan ahli Parti Republikan mengeluarkan senarai cadangan 51 rang undang-undang untuk dimansuhkan kepada Badan Perundangan AS, semalam. Keputusan itu menimbulkan kemarahan aktivis golongan gay. Akta tersebut tidak dikuatkuasakan sejak satu dekad lalu selepas Mahkamah Agung AS membuat keputusan ia melanggar hak asasi manusia di Texas. Bagaimanapun, akta itu tetap diguna pakai dalam undang-undang di Kansas. Brownback yang lantang menentang perkahwinan sejenis, bagaimanapun enggan mengulas mengenai senarai yang dikeluarkan tersebut. Jurucakap Gabenor Kansas itu juga tidak dapat mengesahkan bahawa Brownback akan menyokong pemansuhan akta jenayah sodomi tersebut yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan