Sabtu, 21 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Katy Perry kucup lelaki

Posted: 20 Jan 2012 12:01 PM PST

JAKARTA: Katy Perry menggemparkan penonton konsertnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul semalam apabila dia mengucup seorang lelaki yang ditarik ke atas pentas.

Konsert berkenaan adalah yang pertama sejak Katy berpisah dengan suaminya Russell Brand.

Katy turut bergurau dengan menggosok dada lelaki itu.

Penyanyi itu kemudian mengucup pipi penonton lelaki itu ketika mereka bergaya untuk diambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.


Katy membuat persembahan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul dalam siri persembahan "California Dream" di Asia. - TS



Full content generated by Get Full RSS.

Nafsu keji Amber

Posted: 20 Jan 2012 11:57 AM PST

LONDON: Amber Roderick baru saja dibebaskan dari penjara apabila dia bertemu seorang remaja perempuan di tepi jalan untuk diperdaya menjadi pemuas nafsunya.

Dalam kejadian April lalu, Amber dilaporkan memujuk mangsa menyertainya ke sebuah parti di Reading, Berkshire.


Di situ, mangsa diberi dadah dan arah sehingga lemah sebelum seorang lelaki, Joseph Lawrence, 29, merogolnya di dalam bilik mandi.

Menurut keterangan mahkamah, Lawrence mengugut mangsa dengan sebilah dan mengancam mencederakannya jika remaja terbabit mengadu kepada sesiapa.


Tidak cukup dengan itu, Amber, 19, kemudian menyapu dirinya dengan syampu anjing sebelum mencabul mangsa yang tidak didedahkan identiti atas sebab perundangan.


Selepas puas, Amber kemudian mendorong seorang lelaki lain, Patrick Maughan, 26, sekali lagi merogol remaja terbabit.

Berdasarkan keterangan saksi, Hakim Mahkamah Reading semalam mengarahkan Amber dihukum penjara maksimum empat tahun.


Hakim berkata, Amber memilih untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga dia menjadi begitu liar.

"Bagaimanapun, dalam kes ini - berdasarkan keterangan yang diberi saksi serta sabitan kesalahan sebelumnya - saya berpuas hati mendapati Amber berbahaya," katanya.


Sebelum ini, Amber dipenjara kerana memaksa dua budak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun melakukan seks oral bergilir-gilir .


Menurut hakim, Amber membahayakan orang awam, termasuk kanak-kanak dan remaja.


"Kemungkinan besar dia akan kekal begitu sehinggalah dia mampu mengawal dirinya," katanya.


Sementara itu, Lawrence pula dihukum penjara tujuh tahun, manakala Maughan enam tahun. - TS



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan