Sabtu, 26 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Syria terus berdegil

Posted:

Syria terus berdegil

Syria terus berdegil


Sebanyak 25 mayat mangsa pembunuhan yang didakwa oleh pihak berkuasa Syria dilakukan oleh 'pengganas ' diletakkan di bilik sejuk di luar bangunan hospital kerajaan di bandar pada 24 November lalu. - AFP


BEIRUT 26 Nov. - Para pegawai Arab akan menyediakan pelan sekatan ke atas Syria, hari ini berikutan kegagalan negara itu membenarkan kemasukan pemantau Liga Arab bagi mengawal situasi, bertujuan menghentikan tindakan kekerasan rejim Bashar al-Assad terhadap penunjuk perasaan yang membantah kepimpinan Presiden itu.

Damsyik gagal memenuhi tempoh akhir bagi menandatangani perjanjian yang diutarakan Liga Arab, semalam bagi penghantaran pemantau ke Syria, yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seramai 3,500 telah terbunuh sejak tercetus pergolakan di Syria pada Mac lalu.

Di sebalik janji Syria pada bulan ini untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan bandar dan membenarkan kemasukan pasukan pemantau, keganasan terus berlaku sehingga memaksa campur tangan Liga Arab, yang dikecam hebat serta berdepan usul campur tangan aktivis kemanusiaan dari Perancis serta Turki.

Damsyik berkata, campur tangan kuasa serantau hanya akan memarakkan lagi keganasan, yang dipersalahkan ke atas kumpulan bersenjata yang menujukan serangan terhadap orang awam dan pasukan keselamatan Syria.

Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera negara itu berikrar akan 'memotong tangan-tangan jahat' yang cuba mengganggu keselamatan Syria, sekali gus memperlihatkan kedegilan rejim Assad ketika berdepan sekatan ekonomi Liga Arab.

Kenyataan pihak tentera itu juga membayangkan keadaan lebih buruk yang bakal berlaku dalam beberapa hari lagi selepas bantahan terhadap kepimpinan Assad semakin memuncak setiap hari.

Tentera Syria turut menyalahkan pengganas yang didakwa mendalangi serangan di Homs kelmarin, yang menyaksikan enam juruterbang elit serta empat pegawai teknikal maut. - Reuters/AP

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Bali saman anak Suharto

Posted:

Penduduk Bali saman anak Suharto

Penduduk Bali saman anak Suharto

DENPASAR, Bali 26 Nov. - Penduduk di Jimbaran, Bali menyaman anak bekas Presiden Suharto, Hutomo Mandala Putra atau dikenali sebagai Tommy Suharto berjumlah 212 bilion rupiah (RM70 juta) berhubung urus janji tanah di kampung Pecatu, di sini.

Dalam satu sesi di Mahkamah Daerah Denpasar semalam, peguam plantif, Made Arjaya berkata, saman itu dibuat penduduk kampung kerana mereka masih belum menerima ganti rugi yang dijanjikan 15 tahun lalu.

Pada Oktober 1995, pihak berkuasa Bali menandatangani satu perjanjian dengan syarikat pemaju Bali Pecatu Graha milik Tommy bagi perjanjian pertukaran tanah.

Syarikat itu menerima 123 hektar tanah di daerah yang terkenal dengan pantainya di Jimbaran daripada pentadbiran Bali.

Sebagai pertukaran, Pecatu Graha menyerahkan 186 hektar tanah pertanian di bahagian lain pulau tersebut.

Menurut perjanjian itu, plaintif berkata, syarikat pemaju berkenaan perlu membina semula rumah-rumah petani terlibat dan memberikan mereka tanah seluas 200 meter persegi bagi setiap keluarga.

"Penduduk yang kebanyakannya petani tidak diberikan hak mereka, ketika Pecatu Graha terus membina pusat peranginan, kondominium, hotel, padang golf dan taman tema air," kata Arjaya.

Katanya, syarikat tersebut masih berhutang sebanyak 151 bilion rupiah (RM53 juta) sebagai bayaran pampasan tanah kepada penduduk, 54 bilion rupiah (RM19 juta) kerana kerugian hasil pertanian dan 6.2 bilion rupiah (RM2 juta) kerana kehilangan rumah.

Penduduk kampung Pecatu turut menuntut 20 bilion rupiah (RM7 juta) sebagai bayaran ganti rugi kerana tanggungan bebanan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan