Sabtu, 26 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jurunikah berdebar nikahkan Ibas, Aliya di hadapan Presiden Indonesia

Posted: 25 Nov 2011 02:52 PM PST

JAKARTA: Bukan setakat pasangan Edhie Baskoro Yudhoyono dan Siti Ruby Aliya Rajasa yang berasa berdebar-debar menjelang perkahwinan mereka, malah, jurunikah turut merasa cemas kerana acara itu dihadiri oleh ramai menteri negara dan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

"Syukur, saya mampu melaksanakan tugas dengan baik dan lancar. Saya sangat takut dan pasti gementar ketika melaksanakannya kerana membawa imej Indonesia," kata Muhtar, dari Pejabat Urusan Agama Cianjur, semalam.

"Saya berlatih dari pagi hinggalah hampir bermulanya akad nikah rasmi itu," katanya.

Ada tiga jurunikah yang disediakan Pejabat Urusan Agama Cianjur untuk pernikahan Ibas dan Aliya. Mereka turut bersama-sama dalam latihan.


"Saya bangga kerana dapat berjumpa dengan menteri Indonesia. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi jurunikah untuk keluarga Presiden Indonesia," katanya.


Sebelum pernikahan Ibas dan Aliya, Muhtar berkata, dia diberi tempat penginapan di sebuah hotel mewah. - DH

Full content generated by Get Full RSS.

Sara nafi punca perceraian Kutcher

Posted: 25 Nov 2011 02:48 PM PST

HOLLYWOOD: Perceraian pasangan selebriti Demi Moore dan Ashton Kutcher tidak dapat dinafikan berkait rapat dengan kehadiran beberapa wanita muda yang sering mendampingi aktor kacak itu.

Seorang wanita yang didakwa menjadi penyebab kepada perceraian rumah tangga pasangan itu ialah Sara Leal. Bagaimanapun Sara, 22, tidak berasa bersalah menjadi punca kepada kemusnahan perkahwinan Demi dan Kutcher. Rumah tangga Demi dan Kutcher mengalami keretakan pada ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam. Pada malam tarikh istimewa itu Kutcher dikatakan berpesta seks bersama beberapa gadis, temasuk Sara.


Selepas menghabiskan malam bersama Kutcher, Sara menjual kisahnya kepada media mengatakan pelakon itu tidur bersamanya di sebuah hotel selepas berpesta dengan beberapa gadis lain. Ketika ditanya sama ada dia ada berasa bersalah terhadap perceraian pasangan selebriti itu, dia menafikannya.

"Saya mungkin menjadi penghalang dalam hubungan perkahwinan mereka tetapi jika perceraian berlaku pasti perkahwinan mereka memang mempunyai masalah.


"Memang jelas mereka mempunyai masalah sebelum kehadiran saya," katanya.


Sara yang mengaku mengadakan hubungan seks bersama Kutcher di Hotel Hard Rock, San Diego September lalu, berkata, dia tidak marah kerana Kutcher menipunya. Ketika itu pelakon terbabit mengaku sudah berpisah dengan Demi.

Walaupun Demi memfailkan perceraian minggu lalu selepas enam tahun berkahwin, Sara memberitahu dia tidak berhasrat untuk menjalin hubungan serius dengan Kutcher. - KL

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan