Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kabinet Mesir letak jawatanKAHERAH 22 Nov. - Kabinet Mesir semalam meletak jawatan selepas tunjuk perasaan yang menuntut perubahan politik mengakibatkan 29 maut serta menyebabkan pemerintahan tentera terpaksa mengadakan rundingan krisis. Empat hari selepas demonstrasi besar-besaran diadakan iaitu yang terburuk sejak kejatuhan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak, Kabinet mengumumkan peletakan jawatan semalam. "Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir," kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan. Stesen televisyen memetik satu sumber majlis sebagai berkata, peletakan jawatan itu ditolak, tetapi Menteri Penerangan Osama Heikal memberitahu agensi berita MENA, sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum dibuat. Peletakan jawatan Sharaf jika diterima, boleh menangguhkan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada 28 November ini, yang pertama selepas kejatuhan Mubarak. SCAF melalui satu kenyataan yang dilaporkan MENA menyatakan, pihaknya menjemput semua kumpulan politik dan kebangsaan untuk satu dialog tergempar bagi melihat punca krisis terbaru itu serta cara menyelesaikannya secepat mungkin. Majlis itu juga telah meminta Kementerian Kehakiman membentuk satu jawatankuasa untuk menjelaskan tentang keganasan yang berlaku dan menyeru tentera serta rakyat supaya bertenang bagi meneruskan proses politik. Menurut pasukan perubatan, dua lagi penunjuk perasaan dilaporkan maut pagi ini di bandar Ismailiya, di Laut Merah, menjadikan angka korban kini mencecah 26 orang. Pertubuhan Amnesty International mendakwa, SCAF gagal mengotakan janji-janjinya dan telah melakukan penyalahgunaan hak yang lebih teruk berbanding semasa pemerintahan Mubarak. - AFP |
AS, Britain larang bank berurusan dengan Iran Posted: AS, Britain larang bank berurusan dengan IranWASHINGTON 22 Nov. - Amerika Syarikat (AS), Britain dan Kanada semalam mengumumkan sekatan baru ke atas sektor tenaga dan kewangan Iran, langkah yang disifatkan penganalisis bakal meningkatkan tekanan kepada Teheran tetapi tidak mungkin akan menyekat program nuklear negara itu. AS menamakan Iran sebagai kawasan 'pengubahan wang yang utama', tindakan yang direka untuk menasihati bank-bank bukan AS supaya tidak berurusan dengan negara itu. Sebanyak 11 entiti Iran pula disenarai hitam kerana disyaki membantu program nuklear Iran, selain memperbesarkan lagi sekatan dengan menyasarkan syarikat-syarikat yang membantu industri minyak dan petrokimia negara itu. Namun sasaran Washington ke atas bank pusat Iran yang memutuskan hubungannya dengan sistem kewangan global akan menyebabkan harga minyak melambung dan membahayakan pemulihan ekonomi Eropah dan AS sendiri. Britain mengarahkan semua institusi kewangannya untuk menghentikan urusan perniagaan dengan Iran, termasuk bank pusat republik Islam itu. Menurut sumber, sekatan yang dikenakan bagaimanapun tidak secara langsung disasarkan kepada perdagangan minyak dengan Iran. Kanada dalam pada itu mengharamkan eksport semua barangan yang digunakan dalam industri petrokimia, minyak dan gas Iran, selain menyekat hampir semua transaksi dengan negara itu, termasuk dengan bank pusat. Siri pengumuman sekatan itu adalah respons kepada laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa pada 8 November lalu yang menyatakan Iran sedang membangunkan bom atom dan masih menjalankan penyelidikan berkaitan program itu secara rahsia. Penganalisis berkata, mereka tidak percaya langkah itu dapat memujuk Iran daripada menghentikan program nuklearnya ekoran Teheran bertegas ia adalah untuk tujuan sumber tenaga dan selamat. Sementara itu, Menteri Perdagangan Iran, Mehdi Ghazanfari berkata, sekatan itu akan menjejaskan ekonomi Iran tetapi memberi amaran kepentingan negara-negara Barat turut akan tergugat. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan