Kosmo Online - Dunia |
Dataran Tahrir kembali berdarah Posted: Dataran Tahrir kembali berdarah
KAHERAH - Kekacauan di Mesir bertambah buruk selepas sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh setakat semalam semasa pasukan keselamatan cuba menyuraikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini. Perkembangan itu mencetuskan kesangsian berhubung pilihan raya pertama Mesir yang bakal diadakan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Polis dan tentera menggunakan belantan, gas pemedih mata dan peluru penabur untuk mengosongkan dataran berkenaan yang menjadi lokasi perhimpunan ribuan penunjuk perasaan menuntut junta tentera Mesir mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam. Kekacauan kelmarin menyusul selepas beribu-ribu orang berhimpun di dataran berkenaan pada Jumaat lalu. "Seramai 22 orang maut dalam keganasan di Dataran Tahrir dan beberapa wilayah lain," kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan Mesir yang dipetik oleh agensi berita MENA. Kementerian sama turut memberitahu, lebih 324 orang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. Terdahulu, ketua hospital ldi Dataran Tahrir, Dr. Mohammed Fatuh mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa tiga lagi mayat dibawa masuk dengan kesan peluru hidup pada badan mereka. Pasukan perubatan sebelum ini melaporkan empat kematian, seorang maut ditembak. Sementara tiga yang lain sesak nafas akibat terhidu asap gas pemedih mata. Cubaan polis dan tentera untuk menawan dataran itu ditentang hebat oleh penunjuk perasaan yang kembali menawan lokasi berkenaan kelmarin. SEKUMPULAN penunjuk perasaan membantu seorang wartawan yang cedera, Maher Malak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Setakat semalam, kekacauan di Dataran Tahrir masih berlarutan. Dataran itu merupakan simbol kepada kebangkitan rakyat yang memaksa Mubarak meletak jawatan pada Februari lalu. Seorang wartawan AFP memberitahu kelmarin, dia melihat beberapa penunjuk perasaan membaling batu dan bom petrol ke arah kereta perisai tentera dan anggota polis anti rusuhan. Menurutnya, polis membalas dengan menembak peluru getah. Apabila sebahagian penunjuk perasaan mula melarikan diri, katanya, sebahagian lain menjerit "Bertahan! Bertahan!" dan "Kami tidak akan berundur!" Sementara itu, agensi berita Mena melaporkan, satu perarakan pengebumian seorang mangsa kekerasan polis di Iskandariah bertukar menjadi pertempuran selepas pihak berkuasa menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai yang menyertai perarakan tersebut. Di bandar terusan Suez pula, pasukan tentera menembak peluru hidup untuk menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada menyerbu sebuah balai polis. Bantahan turut merebak di dua buah bandar raya di tengah Mesir iaitu Qena dan Assiut, kata seorang pegawai keselamatan. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Sepanyol bertukar kerajaanMARIANO RAJOY bersama isterinya, Elvira Fernandez melambai ke arah para penyokong dari balkoni ibu pejabat PP di Madrid selepas memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum semalam. - AFP MADRID - Parti Popular (PP) pimpinan Mariano Rajoy menang besar dalam pilihan raya umum di Sepanyol semalam selepas para pengundi menghukum kerajaan diterajui Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) ekoran krisis ekonomi terburuk yang melanda negara berkenaan. Rajoy yang memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya kelmarin dijangka melakukan langkah drastik bagi menghalang Sepanyol terjerumus lebih jauh ke dalam krisis hutang yang kini mengancam keseluruhan negara Kesatuan Eropah (EU). "Masa sukar akan tiba," kata Rajoy ketika berucap kepada para penyokongnya selepas memenangi pilihan raya tersebut. Setakat ini, para pelabur masih menantikan usaha dan langkah terperinci yang akan dilaksanakan oleh pemimpin berusia 56 tahun itu dalam menangani beban hutang negara yang besar, sekali gus memaksa Sepanyol ke arah pelan penyelamatan ekonomi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). "Suara Sepanyol akan kembali dihormati di Brussels dan Frankfurt (dua ibu pejabat EU). Kita akan berhenti daripada menjadi beban dan akan menyumbang kepada penyelesaian krisis hutang," ujar Rajoy. Beliau dijadual dilantik sebagai Perdana Menteri Sepanyol yang baharu dalam tempoh sebulan. Dalam pada itu, rakyat Sepanyol meluahkan kemarahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri José Luis RodrÃguez Zapatero yang berjaya membawa Sepanyol ke arah kemakmuran ekonomi sewaktu pemerintahan beliau selama tujuh tahun sebelum krisis hutang zon euro melanda. Dengan anggaran lima juta rakyatnya kini menganggur, Sepanyol yang memiliki kadar pengangguran tertinggi di Eropah kini berada di ambang kemelesetan ekonomi kedua dalam tempoh empat tahun. PP ditubuhkan daripada gabungan beberapa parti berhaluan kanan sekitar tahun 1980-an, selepas Sepanyol kembali kepada amalan demokrasi ekoran kejatuhan pemerintahan diktator Francisco Franco. Ini merupakan kemenangan terbesar PP dalam pilihan raya umum Sepanyol sejak tiga dekad lalu. PP menguasai 186 kerusi daripada keseluruhan 350 kerusi Dewan Rendah Sepanyol selepas 99.95 peratus kertas undi dikira. PP memperoleh 10.8 juta undi dalam pilihan raya berkenaan, manakala 6.9 juta rakyat Sepanyol memilih PSOE. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. | |
NTC mahu Seif Al-Islam dibicara di Libya Posted: NTC mahu Seif Al-Islam dibicara di LibyaIMEJ stesen televisyen Libya pada Sabtu lepas menunjukkan Seif Al-Islam berada di satu lokasi tahanan rahsia di selatan Libya dengan tiga jarinya berbalut. TRIPOLI - Anak lelaki kesayangan Muammar Gaddafi, Seif Al-Islam, 39, akan dibicarakan di Libya, walaupun dia dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), tegas Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) kelmarin. "Keputusan muktamad adalah dia (Seif) akan dibicara di mahkamah Libya. Ini soal maruah negara," kata Naib Pengerusi NTC, Abdel Hafiz Ghoga dalam satu sidang media. Pada sidang media yang sama, Abdel Hafiz mengesahkan kenyataan Menteri Keadilan sementara Libya bahawa Seif yang ditangkap pada Sabtu lepas di selatan Libya kini menerima kawalan keselamatan yang mencukupi. ICC sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Gaddafi, Seif dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah Al-Senussi kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukan semasa mematahkan kebangkitan rakyat Libya awal tahun ini. Dalam perkembangan berkaitan, pejuang-pejuang Libya yang menahan Seif telah menyebarkan rakaman video penangkapannya ke Internet. Klip video berkenaan menunjukkan tiga jarinya berbalut kerana cedera. Menurut beberapa pejuang berkenaan, tangan Seif cedera dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tiga bulan lalu. Dalam klip video yang disiarkan di laman web YouTube kelmarin, Seif menyatakan serangan udara tersebut mengenai konvoinya di Wadi Zamzam, sekitar 140 kilometer ke tenggara bandar raya ini. Sementara itu, Abdullah Al-Senussi ditangkap kelmarin ketika sedang bersembunyi di rumah saudara perempuannya di kawasan Al-Guira, selatan Libya. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan