Utusan Online - Luar Negara |
Posted: AS terus berdegilPresiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (kanan) ketika bertemu dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam satu majlis sempena Sidang Kemuncak Asia Timur di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. - Reuters NUSA DUA, Indonesia 19 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus menyentuh isu tuntutan bertindih wilayah maritim di Laut China Selatan selain hal berkaitan ekonomi ketika bertemu Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini. Pertemuan antara Obama dan Jiabao itu dibuat dalam satu majlis di Sidang Kemuncak Asia Timur selepas 'perang mulut' antara dua kuasa besar dunia itu sejak seminggu lalu. Penasihat Keselamatan Nasional AS, Tom Donilon berkata, perbincangan itu memfokus kepada isu ekonomi. "Obama melahirkan kebimbangan apabila Washington melihat senario penurunan nilai mata wang yuan yang disengajakan dan perbalahan mengenai perdagangan, isu yang ditimbulkan ketika bertemu Presiden China, Hu Jintao di Hawaii minggu lepas,'' katanya. Beliau juga menyentuh mengenai pertindihan tuntutan kawasan perairan yang ingin dibincangkan secara umum di sidang kemuncak tersebut. China sebelum ini menegaskan perbincangan isu itu seharusnya melibatkan negara terlibat sahaja. "Obama memberi isyarat mereka akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya dalam konteks pemimpin Asia Timur. "Kepentingan AS hanya melibatkan kebebasan pengemudian dan aliran perdagangan bebas serta penyelesaian perbalahan secara aman tetapi kami tidak mempunyai sebarang tuntutan jadi kami tidak akan memihak kepada mana-mana pihak,'' ujarnya, Donilon berkata, kedudukan AS dalam isu itu adalah secara prinsip memandangkan negara tersebut merupakan satu kuasa Pasifik, perdagangan dan maritim. Katanya, beberapa negara Asia Tenggara juga telah merujuk isu maritim itu kepada Obama. China melihat inisiatif Pasifik AS sebagai campur tangan dalam pengaruhnya di rantau ini dan Jiabao semalam memberi amaran terhadap campur tangan luar dalam isu-isu di rantau ini. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Anak Gaddafi ditangkapTRIPOLI 19 Nov. - Anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam ditangkap di selatan negara ini, kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) hari ini. Menteri Kehakiman NTC, Mohammed al-Allagui berkata, Saif yang pernah disebut-sebut sebagai pewaris Muammar Gaddafi, dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Namun al-Allagui enggan mengulas lanjut penangkapan itu. ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Saif, ayahnya dan bekas ketua perisikan Gaddafi, Abdullah al-Senussi pada 27 Jun lalu atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan untuk menghentikan tunjuk perasaan antirejim. Satu sumber majlis 'thwar' (revolusi) Tripoli yang dianggotai bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Gaddafi berkata, Saif ditangkap di wilayah Ubari, selatan negara ini. Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo pada 9 November lalu berkata, Saif pasti akan ditangkap dan masa sahaja yang akan menentukannya. Seminggu sebelum itu, Moreno-Ocampo memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ICC menerima soalan daripada individu-individu yang rapat dengan Saif tentang tindakan undang-undang yang akan dikenakan jika dia menyerah diri. Wakil Saif turut mempersoalkan nasib anak Gaddafi itu sekiranya dia dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan serta berkemungkinan dibebaskan. Pasukan penyiasat ICC melawat Libya untuk mengumpul lebih banyak bukti dalam kes Saif dan turut menyiasat dakwaan kes rogol yang dilakukan tentera Gaddafi semasa melakukan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan sebelum demonstrasi itu bertukar menjadi perang saudara. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan