Sabtu, 19 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Demi, Kutcher umum berpisah

Posted: 18 Nov 2011 08:17 AM PST

LOS ANGELES: Aktres Demi Moore secara rasmi menamatkan rumah tangga berprofil tingginya dengan Ashton Kutcher semalam, selepas suaminya itu berlaku curang dengan wanita jauh lebih muda.

Pengesahan itu dibuat selepas beberapa bulan media melaporkan masalah dihadapi pasangan selebriti terbabit yang berkahwin pada 2005.


Ketika berumah tangga secara rasmi, Demi berusia 42 tahun dan Kutcher 27.

Sebelum Kutcher, Demi berkahwin dengan Bruce Willis dan rumah tangga itu bertahan 13 tahun.


Dalam kenyataan dikeluar melalui ejennya, Demi berkata, semalam adalah hari amat menyedihkan.


"Dengan hati berat saya membuat keputusan menamatkan perkahwinan dengan Kutcher sejak enam tahun lalu," katanya.

Sebagai wanita, ibu dan isteri kata Demi, ada nilai tertentu serta ikrar tertentu yang dianggap mulia.


Melalui semangat itulah, katanya, dia memilih untuk meneruskan hidup dengan apa yang ada.

Kutcher, 33, baru-baru ini mengisi tempat ditinggalkan Charlie Sheen dalam siri televisyen Two and a Half Men, berkata dia akan sentiasa mengingati detik manis bersama Demi selama ini.


"Perkahwinan antara perkara paling sukar dalam dunia dan malangnya, kadang-kadang ia runtuh," katanya dengan pilu melalui Twitter.


Selain dikenali sebagai pasangan popular, Demi dan Kutcher dianggap pelopor penggunaan media sosial, terutama Twitter.


Akibat perceraian itu, Demi - antaranya diingati kerana wataknya dalam Ghost (1990), A Few Good Men (1992) dan Indecent Proposal (1993) - perlu mencari nama baru dalam laman sesawang blog mikro itu.


Ketika ini Demi menggunakan nama @mrskutcher.


Khabar angin mengenai masalah rumah tangga pasangan itu bertiup kencang beberapa minggu lalu selepas Kutcher didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita berusia 22 tahun dari Texas, Sara Leal.


Insiden itu berlaku ketika dia mengunjungi San Diego pada 24 September lalu - tarikh dia sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan keenam dengan Demi. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Benetton turun poster iklan cetus kontroversi

Posted: 18 Nov 2011 08:14 AM PST

ROME: Poster kempen komersial memanipulasi imej Pope Benedict XVI dan Imam Masjid al-Azhar di Mesir, Sheikh Sheikh Ahmed el-Tayeb ditarik balik semalam selepas mendapat kecaman keras Vatican.

Iklan itu dikeluarkan syarikat pakaian Benetton melalui kempen UNHATE turut menggunakan imej pelbagai pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Vatican dan Sheikh Ahmed berselisih faham selepas Universiti al-Azhar menggantung dialog antara agama dengan pihak berkenaan awal tahun ini selepas Benedict menggesa penganut Kristian Mesir diberi lebih banyak perlindungan.

Gereja Katolik mengecam iklan Benetton itu sebagai provokasi yang "tidak boleh diterima" Ekoran bantahan keras itu, beberapa iklan yang dipasang di Milan, New York, Paris, Tel Aviv dan Rome diturunkan segera semalam. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan