Utusan Online - Luar Negara |
Protes anti-Wall Street, 8 cedera Posted: Protes anti-Wall Street, 8 cederaOAKLAND 4 Nov. - Lebih 80 orang ditahan dan lapan lagi cedera ketika tercetus pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan di Oakland, California malam semalam, berikutan protes dan mogok anti-Wall Street, semalam. Ketua polis Oakland, Howard Jordan berkata, seramai lima orang penunjuk perasaan dan tiga orang pegawai turut cedera termasuk seorang yang digigit oleh seorang penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sebuah pusat perniagaan tersibuk di Amerika Syarikat (AS). Sekurang-kurangnya seorang didakwa melakukan vandalisme dengan memecahkan tingkap sebuah balai polis dan 400 orang pegawai dari 14 buah agensi berbeza dikerah meredakan keganasan tersebut. - AFP | ||
Budak 3 tahun terkurung, selamat Posted: Budak 3 tahun terkurung, selamat
WELLINGTON 4 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terkurung selama dua hari di dalam rumah berjaya mengharungi kehidupan dengan minum lebihan susu dan makanan selepas ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba di rumah mereka di sini, baru-baru ini. Keadaan tersebut hanya disedari jiran terdekat setelah keluarganya tidak dapat menghubungi ibu kanak-kanak itu, Lauren Silbery, 28 tahun yang meninggal dunia. Menurut bapa saudaranya, Pete Silbery, kanak-kanak perempuan tersebut dapat membuka peti sejuk untuk mengambil makanan dan menenangkan dirinya dengan bermain anak patung beruang yang diberi nama 'Possum'. "Kali terakhir kami menghubunginya (Lauren) ialah pada 19 Oktober lalu dan dua hari kemudian kami cuba menghubunginya lagi, namun tiada sebarang jawapan. "Bimbang dengan keadaan tersebut, kami meminta jiran terdekatnya untuk pergi ke rumah Lauren bagi melihat apa yang berlaku," katanya. Daripada pemerhatian jiran tersebut, dia mendapati Shylah berada di dalam rumah, namun ibunya tidak kelihatan, sekali gus menyebabkan keluarganya menghubungi polis. Sejurus itu, polis datang ke rumah Lauren dan memujuk gadis kecil itu menarik meja kopi ke arah pintu untuk membukanya. Selepas kejadian tersebut, Shylah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kekurangan air dan ruam lampin. Sementara itu, pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat Lauren. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan