Jumaat, 4 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penjara tak halang Lindsay berbogel untuk Playboy

Posted: 03 Nov 2011 09:31 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres yang selalu bermasalah, Lindsay Lohan, dihukum penjara 30 hari, semalam, tetapi kemungkinan besar dia hanya akan berada di dalam jel selama satu atau dua hari, kata pihak berkuasa.

Masalah kesesakan kronik di penjara menjadi alasan mengapa Lindsay dibebaskan jauh lebih awal daripada sepatutnya.


Pelepasan awal itu juga membolehkan Lindsay, 25, memenuhi kontraknya berbogel untuk majalah Playboy sebelum hadir untuk menjalani tempoh tahanan singkat minggu depan.

Hakim Stephanie Sautner menjatuhi hukuman penjara 30 hari selepas aktres terbabit mengaku salah melanggar larangan atas kesalahan sebelum ini.


Stephanie mengarahkan Lindsay melapor diri di penjara selewat-lewatnya 9 November ini atau berdepan dengan hukuman tambahan selama 270 hari lagi.


Lindsay bersetuju melakukan khidmat komuniti lebih lama di rumah mayat dan menjalani rawatan psikoterapi lanjut.

Kedua-dua perintah itu pernah dikenakan ke atasnya, tetapi dia gagal melaksanakan kedua-duanya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Bieber nafi hamilkan Mariah

Posted: 03 Nov 2011 09:29 AM PDT

LOS ANGELES: Dakwaan penyanyi remaja, Justin Bieber, menjadi bapa kepada bayi dikandung seorang wanita yang memfailkan saman ke atasnya adalah "kepalsuan yang nyata", kata jurucakap artis terbabit, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan Melissa Victor, pihak Bieber akan menggunakan segala ruang yang ada dalam undang-undang untuk menyanggah dakwaan berkenaan.


"Walaupun belum melihat saman berkenaan, kami sedih kerana ada seseorang yang tergamak membuat dakwaan palsu, berniat jahat dan fitnah," katanya.

Rekod maklumat dalam talian menyatakan, Mariah Yeater memfailkan saman berkenaan bagi menuntut mahkamah mengisytiharkan bahawa Bieber, 17, adalah bapa kepada anak yang dikandungnya.


Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi San Diego, California, Isnin lalu.


Walaupun undang-undang California merahsiakan sebarang maklumat mengenai isu seumpama itu, penerbitan dalam talian yang sering memaparkan berita gosip dunia hiburan, Radar Online, memaparkan saman berkenaan di laman sesawangnya.

Menurut Mariah, 20, dia mengadakan seks dengan Bierber dalam tandas di belakang pentas selepas penyanyi terbabit menamatkan satu daripada konsertnya di Staples Center pada Oktober tahun lalu. Bieber baru berusia 16 tahun ketika itu.


Mariah mendakwa dia bersalin pada Julai lalu dan yakin penyanyi remaja terbabit adalah bapa kepada bayi lelaki yang dilahirkannya itu.

Wanita itu mendakwa, dia tidak mengadakan hubungan seks dengan sebarang lelaki pada Oktober 2010.


Dia memohon hakim mengarahkan Bieber menyara bayi berkenaan, selain menjalankan ujian bagi mendapatkan kesahihan.


Semalam, Bieber berkata, dia akan mengabaikan semua khabar angin dan meminta peminat menilainya berdasarkan kerjayanya sebagai penyanyi. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan