Kosmo Online - Dunia |
- Hampir 2.5 juta jemaah sudah tiba di Mekah
- Ikan paus dekat pantai AS jadi tumpuan
- Stesen TV siar payudara Janet tak didenda
Hampir 2.5 juta jemaah sudah tiba di Mekah Posted: Hampir 2.5 juta jemaah sudah tiba di Mekah
MEKAH - Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hampir 2.5 juta jemaah islam telah berhimpun di bandar ini sebelum ibadat haji yang berlangsung selama lima hari. Musim haji itu akan bermula pada Sabtu ini. Pihak berkuasa telah menggerakkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan dan pertahanan awam bagi memastikan kelancaran musim haji bagi mengelak insiden kematian. "Kami akan menggerakkan semua cara untuk menghalang sebarang kerosakan ke atas jemaah atau terhadap mana-mana kumpulan jemaah," kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul Aziz. Beliau dilantik menjadi Putera Mahkota pada Selasa lalu. Putera Nayef membuat kenyataan itu semasa melakukan pemeriksaan ke atas persediaan musim haji kelmarin. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Ikan paus dekat pantai AS jadi tumpuan Posted: Ikan paus dekat pantai AS jadi tumpuanSEORANG pengayuh kayak, Alan Brady terkejut apabila dua ekor ikan paus muncul dekat dengannya di luar pantai Seabright, Santa Cruz pada 25 Oktober lalu. SANTA CRUZ - Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengawasi perairan Santa Cruz kerana beberapa ikan paus mendiami kawasan dekat dengan pantai kelmarin. Kehadiran ikan paus itu menyebabkan ramai orang datang ke pantai tersebut untuk melihat haiwan berkenaan sekali gus mencetuskan ancaman keselamatan pengayuh kayak dan bot lain yang cuba mendekati mamalia itu. Ikan paus humpback itu berada kira-kira 1.6 kilometer dari pantai untuk mencari makanan. Menurut Perlindungan Marin Kebangsaan Teluk Monterey, setakat ini, tiada orang awam yang cedera kerana kehadiran ikan tersebut. Namun, kata agensi itu, sekurang-kurangnya sebuah bot rosak kerana ia melanggar ikan berkenaan. Pada Selasa lalu, agensi itu dan Pasukan Pengawal Pantai mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi 100 meter dari ikan paus atau denda sekurang-kurangnya AS$2,500 (RM7,856) kerana melakukan gangguan terhadap ikan paus. Menurut seorang pakar ekologi dan evolusi biologi, Profesor Don Croll di Universiti California, Santa Cruz, ikan paus mampu mengelak daripada manusia tetapi berada terlalu dekat dengan ikan berkenaan akan mencetuskan risiko keselamatan. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Stesen TV siar payudara Janet tak didenda Posted: Stesen TV siar payudara Janet tak didendaGAMBAR fail bertarikh 1 Februari 2004 menunjukkan payudara kanan Janet Jackson (kiri) terdedah semasa dia membuat persembahan dengan Justin Timberlake dalam sesi rehat satu perlawanan bola sepak Amerika. - Reuters PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah mahkamah rayuan di AS kelmarin membatalkan keputusan sebuah agensi persekutuan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) yang mahu mendenda stesen televisyen CBS Corp sebanyak AS$550,000 (RM1.72 juta) kerana menyiarkan insiden payudara Janet Jackson terdedah semasa penyanyi itu sedang melakukan persembahan pada satu perlawanan bola sepak Amerika Super Bowl pada 2004. Dalam penghakimannya, mahkamah rayuan di sini menyatakan, pelaksanaan denda tersebut menyimpang daripada dasar FCC untuk memberi pengecualian terhadap insiden lucah yang berlaku secara spontan dan singkat. Satu kenyataan FCC menyatakan ia kecewa dengan keputusan tersebut tetapi bertekad akan menggunakan semua peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan agar media penyiaran AS tidak menyalahi kepentingan awam ketika melakukan penyiaran. Payudara kanan Janet terdedah semasa hampir 90 juta penonton televisyen menontonnya. Ia terdedah selepas penyanyi pop, Justin Timberlake secara tidak sengaja telah mengoyakkan coli Janet semasa mereka membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan sukan popular itu. – Reuters Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan