Ahad, 27 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bantah PM baru Mesir

Posted: 26 Nov 2011 01:51 PM PST

KAHERAH: Penunjuk perasaan semalam meneruskan tuntutan mereka supaya majlis tentera menamatkan pemerintahannya sementara beberapa pertempuran berlaku berhampiran Dataran Tahrir, dua hari sebelum pilihan raya Parlimen.

Ratusan penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di dataran itu dan sebahagian mereka berarak menuju ke bangunan Parlimen berhampiran pada awal pagi untuk membantah perlantikan perdana menteri baru oleh majlis tentera.


Majlis berkenaan kelmarin melantik Kamal Ganzouri untuk membentuk Kabinet baru. Kamal pernah menjadi perdana menteri ketika pemerintahan Hosni Mubarak.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu. Empat orang dilapor cedera.


Pertempuran singkat itu adalah yang pertama selepas keganasan terhenti dua hari lalu setelah 41 orang terbunuh dalam pertempuran selama beberapa hari sejak Sabtu lalu.


Sementara itu, kumpulan yang berhimpun di Dataran Tahrir melaungkan slogan mendesak Ketua Majlis Tentera, Mohamed Hussein Tantawi meletak jawatan.

Jumaat lalu, puluhan ribu rakyat Mesir mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi mendesak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menyegerakan penyerahan kuasa kepada orang awam yang mereka percaya memerlukan pemimpin tentera berundur sekarang.


Kekacauan politik dan keganasan memburukkan keadaan ekonomi negara itu yang teruk terjejas sejak penggulingan Hosni Februari lalu.

Sehingga ini, belum ada tanda-tanda menunjukkan pemimpin tentera bersedia untuk memenuhi tuntutan penunjuk perasaan.


Mereka sebaliknya berjanji bahawa presiden baru akan dilantik menerusi pilihan raya pada pertengahan tahun depan, lebih cepat daripada yang diumumkan sebelum ini serta melantik Kamal, 78, untuk mengetuai kerajaan sementara.


Sementara itu, majlis tentera mengumumkan setiap peringkat pengundian akan diadakan selama dua hari bagi memberi peluang semua orang mengundi.


Pengundian akan bermula esok tetapi tidak akan berakhir sehingga awal Januari kerana ia terpaksa melalui pelbagai peringkat. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Masak kurma mayat suami

Posted: 26 Nov 2011 01:49 PM PST

ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.

Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.


Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.

Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.


Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: "Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya." Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.


Dia naik untuk menegur wanita itu.

Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.


Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.

Zainab dipetik sebagai berkata: "Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. "Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk." Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. "Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan