Berita Harian: Dunia |
Posted: 27 Nov 2011 08:48 AM PST Dunia Reaksi balas sekatan Barat berkait program nuklear negara ituTEHRAN: Parlimen Iran semalam mengundi untuk mengusir Duta Britain sebagai reaksi balas pelaksanaan sekatan terbaru Barat berhubung program nuklear negara itu. Majoriti 179 ahli parlimen mengundi menyokong usaha mengurangkan hubungan diplomatik dengan utusan bawahan dalam masa dua minggu dan menyeimbangkan hubungan ekonomi dengan Britain ke paras minimum, menurut siaran langsung menerusi radio. Empat wakil mengundi menentang dan 11 lagi berkecuali. Ahli parlimen turut menimbang kemungkinan 'menghukum' negara lain yang mengambil pendirian seperti Britain."Rang undang-undang ini cuma satu permulaan," kata Speaker Parlimen, Ali Larijani. Rang undang-undang itu akan dikemukakan kepada Majlis Pengawal Perlembagaan Iran untuk kelulusan sebelum dikuatkuasakan. Selepas rang undang-undang Parlimen itu diperkenalkan Rabu lalu, Britain berkata, ia kesal jika dutanya ke Tehran, Dominick Chilcott, yang baru menyandang jawatan bulan lalu diusir. Britain dan Kanada mempunyai kedutaan di Iran. Amerika menutup kedutaannya di negara itu selepas penuntut menjadikan diplomatnya sebagai tebusan dalam revolusi Iran 1979. Iran menyangkal laporan PBB itu dan menegaskan program nuklearnya untuk tujuan aman. "Kami percaya adalah penting untuk mengekalkan wakil kanan komunikasi terutama pada waktu seperti ini. Hanya menerusi dialog kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi," kata jurucakap Pejabat Luar dan Komanwel Britain. Penulis rang itu, Allaeddin Boroujerdi, yang mengetuai keselamatan kebangsaan Parlimen dan suruhanjaya dasar luar, berkata: "Jika Britain mengurangkan pendekatan seteru terhadap Iran, kami boleh menjalin hubungan sekali lagi." – AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Pakistan arah AS kosongkan pangkalan udara Posted: 27 Nov 2011 08:46 AM PST Dunia ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mendesak Amerika Syarikat mengosongkan pangkalan udara di negaranya dalam masa 15 hari kerana mengesyaki Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan ia untuk mengendalikan pesawat kawalan jauh.Desakan itu dibuat kelmarin selepas helikopter dan jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyerang dua pos pemeriksaan tentera Pakistan di sepanjang sempadan Afghanistan, menyebabkan 28 anggota tentera maut. Islamabad menggariskan tuntutan itu dalam kenyataan yang dihantar kepada wartawan berikutan mesyuarat jawatankuasa pertahanan tergempar yang dipengerusikan Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani. Pangkalan Udara Shamsi terletak di wilayah Baluchistan. Amerika disyaki menggunakan kemudahan itu pada masa lalu untuk melancarkan pesawat bersenjata kawalan jauh dan pesawat pemantau untuk mengenakan tekanan ke atas pergerakan Taliban dan al-Qaeda di wilayah terpencil Pakistan.Kejadian kelmarin terus menjadikan hubungan Amerika dan Pakistan yang sudah pun tegang, semakin buruk. Pakistan membalas dengan menutup laluan bekalan utama NATO ke Afghanistan, yang digunakan untuk menghantar material tidak membahayakan pakatan itu. Serangan itu adalah kejadian tunggal paling buruk seumpamanya sejak Pakistan seolah-olah terpaksa berpakat dengan Washington berikutan tragedi 11 September 2001. Hubungan antara kedua-dua negara, sekutu dalam kempen memerangi keganasan, tegang berikutan pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden oleh pasukan khas Amerika dalam satu serbuan di Abbottabad Mei lalu, yang disifatkan Pakistan mencabul kedaulatannya.
Kementerian Luar berkata ia akan membawa perkara itu dalam nada paling tegas dengan NATO dan Amerika. –Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan