Berita Harian: Dunia |
7,000 bukan kroni Gaddafi tunai haji Posted: 06 Nov 2011 12:27 PM PST Dunia Jemaah Libya hilang ahli keluarga ditaja kerajaan baruMAKKAH: Seramai 7,000 warga Libya terpilih mengerjakan haji tahun ini dengan ditaja sepenuhnya oleh pemerintah baru, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). Mereka bersyukur dapat mengambil bahagian selepas sekian lama dinafikan peluang kerana selalunya tempat diberikan kepada kroni bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.Saya berdoa negara kami ditadbir oleh orang yang baik. - Abdul-Hamid Kashlaf, Pemeriksa bangunan Permaidani merah menghiasi khemah jemaah haji Libya dan mereka yang diberi kesempatan mengisi kuota negara Afrika Timur itu adalah saudara mara pejuang yang maut ketika cuba menumbangkan Gaddafi.Ramai mendoakan keamanan di tanah tumpah darah mereka ketika Asia Barat berdepan dengan arus bantahan antikerajaan yang menumbangkan pemerintahan kuku besi di Tunisia, Mesir dan Libya dan kini menggoyangkan rejim di Yaman, Bahrain dan Syria. Keseronokan dapat dirasakan di khemah Libya lebih dua minggu selepas pembunuhan Gaddafi pada 20 Oktober lalu. Tiga belon menghiasi bendera revolusi berwarna merah, hijau dan hitam. Permaidani merah diletakkan berbanding permaidani hijau yang digunakan oleh rejim Gaddafi. Antara mereka termasuk Abdul-Hamid Kashlaf, pemeriksa bangunan berusia 45 tahun dari Tripoli, dan isterinya terpilih di kalangan 7,000 rakyat Libya lain yang kehilangan orang tersayang untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini. "Saya berdoa Allah memberikan kami keselamatan dan negara kami ditadbir oleh orang yang baik," katanya. – AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan