Sabtu, 8 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Hertz denda pemandu Islam

Posted:

Hertz denda pemandu Islam

Hertz denda pemandu Islam

SEATTLE 8 Okt. - Seramai 34 pemandu beragama Islam yang bekerja untuk sebuah syarikat kereta sewa, Hertz Global Holding Inc. mendakwa mereka digantung kerja kerana mengerjakan solat ketika waktu kerja.

Mereka bersama kesatuan buruh mengadakan demonstrasi di luar kaunter Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini baru-baru ini,

''Ia merupakan satu tindakan yang melanggar hak pekerja dan bersifat diskriminasi terhadap agama kepercayaan mereka,'' kata Setiausaha/Bendahari kesatuan itu, Teamsters Local 117, Tracey A. Thompson dalam satu kenyataan.

Hertz berkata, pekerja berkenaan digantung kerja pada minggu lepas kerana melanggar peruntukan perjanjian bersama di bawah Suruhanjaya Peluang Hak Sama Rata Pekerjaan yang dicapai dua tahun lalu.

''Mereka melanggar waktu rehat yang diperuntukkan selain rehat yang diambil melewati waktu solat.

''Beberapa kakitangan beragama Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka tidak melanggar peraturan. Ia bukan kerana solat atau agama,'' ujar jurucakap syarikat kereta sewa itu, Rich Broome.

Broome berkata, kakitangan perlu mencatatkan waktu rehat selama 10 minit yang telah diperuntukkan.

''Pengurus telah bertemu dengan pekerja terbabit dan mempamerkan arahan tersebut sebelum tindakan gantung kerja diambil,'' ujarnya.

Bagaimanapun, kesatuan buruh itu berkata, pihak pengurusan Hertz dalam perjanjian tahun lepas bersetuju tidak akan mengarahkan pekerja mencatatkan waktu rehat apabila mereka pergi mengerjakan solat. - AGENSI

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12

Posted:

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12


MA Jei memanjat dengan cekap tembok setinggi 21 meter Istana Zhonghau di Nanjing, China, semata-mata mahu mengelak membayar caj masuk. - AGENSI


NANJING 8 Okt. - Aksi seorang wanita, Ma Jei memanjat dinding tembok sebuah istana di timur China setinggi 21 meter bagi mengelak untuk membayar yuran masuk sebanyak 24.79 yuan (RM12.27) mengejutkan pelancong.

Jei yang memanjat tanpa bantuan tali atau peralatan keselamatan memberitahu, dia membesar di Nanjing, wilayah Jiangsu dan memanjat Istana Zhonghau itu sejak kecil dan tidak pernah membayar yuran masuk.

Bagaimanapun, beberapa pelancong yang cuba meniru aksi wanita tersebut mengakibatkan dua orang daripada mereka, jatuh dan patah kaki manakala tiga orang lagi perlu diselamatkan oleh polis.

''Cara dia memanjat tembok itu seperti seekor kambing gurun dan nampak mudah. Bagaimanapun, apabila orang lain mencubanya, ia tidak semudah itu,'' kata seorang pelancong. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan