Harian Metro: Global |
Lindsay Lohan cuci tandas di rumah mayat Posted: 23 Oct 2011 09:00 AM PDT LOS ANGELES: Usaha Lindsay Lohan untuk mengubah imejnya dan membersihkan rumah mayat di Los Angeles, akhirnya bermula. Sumber memberitahu TMZ, bintang bermasalah yang berusia 25 tahun itu bekerja keras selama lapan jam dalam kerja komuniti semalam. Dia membasuh kain kotor, membersihkan tandas dan juga memberus lantai. Pelakon 'The Mean Girls' itu seronok melakukan tugas yang diberikan dan bersosial dengan sukarelawan lain.
Sayangnya, permohonan maafnya maafnya itu ditolak. Penolong Ketua Koroner Ed Winter memberitahu TMZ, dia menolaknya kerana dia menganggap cara itu 'tidak boleh diterima.' "Kami di sini bukan untuk menerima makanan," katanya. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Oct 2011 08:59 AM PDT CALIFORNIA: Buku biografi Steve Jobs bakal mendedahkan perbualan lewat malam bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton yang meminta nasihat daripada bos Apple itu untuk tindakan yang perlu diambil mengenai hubungan sulitnya dengan Monica Lewinsky. Jobs dikatakan menjawab, "Saya tak tahu kalau betul awak melakukannya. Tapi, kalau benar, awak perlu memberitahu kepada semua orang."
Menurut penulisnya, Walter Isaacson, selepas Job memberikan nasihatnya, tidak ada jawapan yang didengar daripada Clinton. Buku biografi Steve Jobs berdasarkan lebih daripada 40 temuramah dengannya, komen daripada ahli keluarga terdekat, kawan, rakan sekerja dan saingannya.
Cinta Jobs kepada muzik dikatakan mempunyai pengaruh besar ketika dia mengusahakan jenama Apple dan meletakkan Bob Dylan sebagai heronya. Dia kurang tertarik ketika bertemu dengan Mick Jagger dan berkata, "Saya rasa dia mengambil dadah. Ataupun, otaknya sudah rosak." Apabila Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober kerana mengalami barah pankreas, anggota Rolling Stone itu adalah orang yang pertama menghantar takziah dengan menulis di laman Twitternya, "RIP Steve Jobs." Dalam biografi itu juga didedahkan bagaimana bapa kandung Jobs berusaha menjejakinya ketika dia masih hidup. Penulis biografinya, Walter Isaacson berkata, Jobs sebenarnya menemui bapanya berulang kali tetapi tidak menyedarinya. Apabila diberitahu mengenai penemuan tidak sengaja itu, Jobs berkata, dia enggan bapanya mengetahui mengenainya kerana sudah menjalankan kajian dan tidak suka mengenai apa yang diketahuinya. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan