Isnin, 24 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Angka maut gempa meningkat

Posted:

Angka maut gempa meningkat

Angka maut gempa meningkat


Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP


ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu.

Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis.

Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat.

Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui.

Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Pemandu langgar kanak-kanak China didakwa

Posted:

Pemandu langgar kanak-kanak China didakwa

Pemandu langgar kanak-kanak China didakwa

BEIJING 24 Okt. - Seorang daripada pemandu yang disyaki melanggar mati seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan melarikan diri dari tempat kejadian, diseret ke mahkamah China hari ini.

Rakaman kamera pengawasan yang menunjukkan sekurang-kurangnya 18 orang berjalan melepasi kanak-kanak itu selepas dia dilanggar di mencetuskan kemarahan orang ramai dan mempersoalkan moral rakyat negara China.

Menurut akhbar rasmi Procuratorial Daily menerusi laman web mereka, Hu Jun, 24, didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak yang dikenali sebagai Yue Yue di bandar Foshan pada 13 Oktober lalu. Yue Yue mati di hospital pada 21 Oktober lalu.

Polis di Foshan enggan memberi sebarang komen dan meminta media merujuk kepada akhbar berpangkalan di Beijing itu yang mempunyai kaitan dengan badan pendakwa raya di China.

Polis Foshan berkata, Hu yang berdepan dengan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika sabit kesalahan, telah menyerah diri tiga malam selepas insiden tersebut.

Laporan awal menyatakan pemandu kedua yang melanggar kanak-kanak perempuan itu ketika dia terbaring di atas jalan dalam keadaan berdarah turut ditahan namun Procuratorial Daily tidak menyebut tentang perkara tersebut.

Berjuta-juta rakyat China menonton rakaman video insiden yang berlaku di lorong sempit di sebuah pasar di Foshan menerusi Internet.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Yue Yue yang merupakan anak pasangan pekerja asing terbaring di jalan itu selama tujuh minit sebelum seorang pemungut sampah wanita mengalihkan dia ke tepi jalan dan meminta bantuan.

Sebelum itu, beberapa orang pejalan kaki dilihat berhenti dan melihat kanak-kanak itu sebelum meneruskan perjalanan dan kegagalan mereka membantunya mencetuskan spekulasi pembangunan pesat negara itu menyebabkan rakyatnya semakin mementingkan diri. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan