Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Israel halang keamananKAHERAH 14 Sept. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggesa negara-negara Arab supaya menyokong usaha Palestin untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menuduh Israel menghalang keamanan di Asia Barat. "Ini adalah masanya untuk menaikkan bendera Palestin di PBB dan menyokong usaha itu 'bukanlah satu pilihan tetapi kewajipan' kepada negara-negara Arab," katanya ketika menghadiri sidang Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah, semalam. Erdogan dalam pada itu menuduh Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel, menunjukkan sikap prejudis kerana menentang usaha tersebut. "Ketika Israel cuba menjamin kedudukan mereka di rantau kita melalui persetujuan satu pihak, ia telah mengambil langkah tidak bertanggungjawab yang tidak akan menyelesaikan isu itu," ujarnya. Erdogan, yang baru-baru ini sering mengkritik Israel telah memperolehi sokongan kuat di dunia Arab, sekali gus memperkuatkan kempennya mempromosi Islam dan demokrasi acuan Ankara sebagai model kepada gerakan yang menggulingkan beberapa pemimpin diktator, termasuk bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Dalam ucapannya di dewan opera itu di sini semalam, beliau turut menyifatkan peningkatan kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebagai 'cahaya harapan' bagi golongan yang ditindas. "Demokrasi dan kebebasan adalah hak asas, sama seperti roti dan air yang diperlukan oleh anda semua," katanya dalam ucapannya. Beliau turut menyifatkan Israel sebagai kerajaan yang mempunyai mentaliti 'kejam dan kekurangan asas undang-undang'. "Setiap penempatan haram Yahudi adalah tembok yang menghalang keamanan. Kami harap penduduk Israel ambil berat tentang 'tembok-tembok' itu," ujarnya. - REUTERS |
Serangan Taliban di Kabul dipatahkan Posted: Serangan Taliban di Kabul dipatahkanMAYAT anggota Taliban diseret ke sebelah lagi rakannya selepas mereka dibunuh dalam bangunan yang digunakan untuk menyerang Kedutaan AS di Kabul, semalam. – REUTERS KABUL 14 Sept. – Tentera kerajaan berjaya mematahkan serangan bersepadu Taliban di ibu negara Afghanistan ini hari ini, setelah pertempuran berlarutan selama 19 jam, menyaksikan 14 orang maut dan enam askar asing cedera akibat terkena tembakan roket dan letupan bom termasuk oleh pengebom berani mati. Tentera Afghan dan asing menggempur pemberontak yang menyerang Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sini, petang semalam. Pertempuran itu tamat apabila askar membunuh dua anggota pemberontak terakhir yang bertahan sepanjang malam tadi di dalam sebuah bangunan tinggi yang dalam pembinaan, hanya beberapa meter dari Kedutaan AS yang dikawal ketat. "Penyerang terakhir dibunuh dan pertempuran sudah berakhir. "Enam pengganas berada di dalam bangunan itu dan kesemua mereka sudah mati," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Siddiq Siddiqui. Serangan itu menandakan keadaan keselamatan semakin merosot di ibu negara ini, berikutan serangan pengebom berani mati ke atas pusat kebudayaan British Council pada bulan lepas dan serangan terhadap Hotel Intercontinental pada Jun lalu. Dalam serangan terbaru itu, helikopter Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terpaksa dikerahkan untuk membantu tentera Afghan bagi mematahkannya. Pejuang Taliban yang memakai jaket pengebom berani mati dan bersenjatakan roket dan bom tangan melancarkan serangan demi serangan mulai kira-kira pukul 1.30 petang semalam (5 petang semalam waktu Malaysia). – AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan