Kosmo Online - Dunia |
Budak temui fosil berusia 160 juta tahun Posted: Budak temui fosil berusia 160 juta tahunTAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam. Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu. Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan. EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu. Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum. Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily. Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan. Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu. Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi |
4 pelajar bakal saingi Zuckerberg Posted: 4 pelajar bakal saingi Zuckerbergdari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam. Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan. Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja. Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard. Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat. Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google. Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam. "Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York. "Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi. Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan. Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah. Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan. Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. - Agensi |
Posted: Islam sederhana di LibyaMUSTAFA ABDEL JALIL melambaikan tangan ke arah para penyokongnya di Dataran Syahid di Tripoli, Libya kelmarin. TRIPOLI - Barisan kepimpinan baharu Libya berikrar untuk melaksanakan pemerintahan Islam sederhana di sebalik pejuang-pejuang mereka didakwa melakukan jenayah perang. Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang kini bersembunyi, bersumpah untuk terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan. Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil disambut sebagai wira negara apabila beliau membuat ucapan umum di dataran utama di sini lewat kelmarin. Beribu-ribu orang meraikan kekalahan Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas di Dataran Syahid. Menurut Mustafa, Islam sederhana akan menjadi sumber perundangan utama dalam era selepas Gaddafi. "Kita tidak akan menerima sebarang ideologi pelampau baik yang berhaluan kiri atau kanan. Kita ialah orang Islam yang mengambil jalan Islam yang sederhana," katanya. Sementara itu, dalam satu laporan terbaru yang disiarkan semalam, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menuduh rejim Gaddafi melakukan jenayah kemanusiaan namun ia turut mendakwa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mungkin terbabit melakukan jenayah sama. NTC merupakan badan yang mewakili pemberontak yang berjuang menentang kepimpinan Gaddafi. Dalam pada itu, Gaddafi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Syria, Arrai Oruba, berikrar untuk mengalahkan mereka yang mendalangi rampasan kuasa sehingga menyebabkannya tersingkir. "Libya tidak boleh dikembalikan kepada golongan kolonial sekali lagi," kata Gaddafi. "Kami akan terus berjuang sehingga rampasan kuasa ini dikalahkan," tambahnya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan