Harian Metro: Global |
Posted: 13 Sep 2011 08:34 AM PDT YOKOHAMA: Ia adalah tempat di mana saudara-mara menempatkan anda apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini. Terletak di pinggir bandar Yokohama di Jepun, hotel berkenaan kelihatan seperti hotel penginapan kecil lain di bandar raya itu.
Semua 18 tetamunya adalah mayat yang diletak dalam peti sejuk mayat dengan harga 12,000 yen (RM476) menunggu giliran di salah satu tempat pembakaran mayat di bandar raya itu.
Kadar kematian tahunan dijangka meningkat kepada 1.66 juta pada 2040 berikutan sejumlah besar generasi dengan kadar kelahiran tinggi negara itu lupus.
Namun, walaupun dibelenggu masalah ekonomi di negara itu, rakyat Jepun masih berbelanja besar untuk upacara pengebumian.
|
Kembar siam tertua di dunia rai hari jadi ke-50 Posted: 13 Sep 2011 08:29 AM PDT LONDON: Kembar siam paling tua di dunia yang masih hidup melepasi ramalan doktor mencecah usia 50 tahun. George dan Lori Schappell yang melekat di kepala meraikan hari jadi mereka Ahad ini. Pasangan itu bercadang meraikan hari jadi mereka dengan pergi ke London. Menakjubkan kerana kembar siam itu dapat menjalani kehidupan masing-masing secara berbeza. Lori ada menjalin hubungan dan George pula, memutuskan untuk hidup sebagai seorang lelaki. Lori juga juara boling 10 pin dan George adalah penyanyi country.
"Kami sudah belajar banyak perkara sejak 50 tahun lalu dan akan terus hidup dengan sepenuhnya." Lori yang berketinggian 5 kaki 1 inci dilahirkan bertubuh sempurna, sementara George, 4 kaki 4 inci mengalami penyakit spina bifida yang menyebabkan masalah pergerakan. George tidak boleh berjalan, dia duduk di kerusi roda yang ditolak Lori supaya mereka dapat bergerak. - TS |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan