Harian Metro: Global |
Posted: 20 Sep 2011 07:52 AM PDT BERLIN: Ia boleh bercakap, melihat dan memandu serta tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya dari jarak jauh. Kereta masa depan, yang dikawal komputer sepenuhnya kini sudah berada di jalan raya di Berlin.
Kereta berkenaan bergerak menerusi trafik bersendirian dengan menggunakan gabungan peranti, termasuk komputer, elektronik dan sistem pemandu arah ketepatan satelit, pengimbas laser di atas bumbung dan sekitar bampar depan dan belakang.
Beberapa kumpulan lain sebelum ini turut memberi tumpuan terhadap teknologi serupa baru-baru ini, khususnya Google, yang kini menjalankan kajian kereta robotik Toyota Prius di Nevada. - AP |
140 bilion gambar dalam Facebook Posted: 20 Sep 2011 07:49 AM PDT LOS ANGELES: Apabila anda memuatnaikkan gambar ke dalam Facebook, bayangkan angka ini - 140 bilion. Itulah jumlah gambar yang terdapat dalam rangkaian sosial popular itu.
Flickr, laman web yang menjadi hos khusus untuk imej dan video, juga ketinggalan dengan 140 bilion gambar yang dimuatnaikkan ke Facebook.
Jika seseorang merakam 150 gambar setahun, ini bermakna 375 bilion gambar diambil secara keseluruhan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan