Utusan Online - Luar Negara |
Posted: FBI kekal ajar Islam salahWASHINGTON 21 Sept. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa seminar latihan antikeganasannya yang mengaitkan majoriti penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) dengan pengganas adalah insiden 'tunggal' yang bermula dan berakhir pada April lalu. Namun dua bulan kemudian, penganalisis antikeganasan FBI yang memberikan taklimat kontroversi itu, William Gawthrop menyampaikan ceramah serupa kepada berpuluh-puluh pegawai penguat kuasa undang-undang pada satu acara tajaan FBI di New York City. Semasa ceramah pada Jun lalu itu, Gawthrop memberitahu hadirin, perang menentang al-Qaeda 'sia-sia belaka', kerana ancaman sebenar adalah daripada 'ideologi' Islam itu sendiri. "Pada peringkat operasi, kita menghadapi kumpulan seperti Hamas, Hizbullah, al-Qaeda, dan seperti gigi dalam seekor jerung, tidak relevan jika kita menumpaskan satu kumpulan," kata Gawthrop semasa ceramah kepada anggota pertubuhan keselamatan swasta-awam, Infragard Metropolitan New York di Pusat Kewangan Dunia di pusat bandar Manhattan. Sejak akhbar Huffington Post menyiarkan kandungan ceramah Gawthrop itu, anggota kanan Senat dan wakil pertubuhan Arab dan Islam Amerika membidas FBI kerana menyediakan dokumen latihan sedemikian yang antara lain menggambarkan Nabi Muhammad sebagai 'pemimpin kumpulan ajaran sesat'. Ceramah Gawthrop pada 8 Jun itu mencetuskan kontroversi dengan cara berbeza kerana pada pandangannya, perjuangan menentang al-Qaeda hanya sampingan dalam perang lebih luas. "Kita banyak melakukan analisis sia-sia dengan bercakap mengenai jenis senjata, waktu serangan dan taktik, kerana semua itu tidak relevan sekiranya tindakan militan didorong oleh Islam sendiri," kata Gawthrop. Menurutnya, strategi terbaik untuk melemahkan puak militan adalah dengan menyerang Islam itu sendiri, mempertikaikan kesahihan kitab suci Islam dan pandangan pemimpin utama Islam. Dalam ceramah itu, Gawthrop menghalakan penunjuk lasernya ke slaid PowerPoint untuk menarik perhatian hadirin kepada perkataan 'Kitab Suci' dan 'Ulama'. "Kita perlu menjadikan kedua-duanya sebagai sasaran," katanya. Begitulah penilaian profesional seorang penganalisis daripada agensi antikeganasan domestik utama di AS, orang yang dianggap begitu pakar dalam memahami strategi militan sehinggakan FBI menugaskan beliau mengajar ejen-ejennya. - Agensi |
Terselamat dari kereta dihempap lori ayam Posted: [unable to retrieve full-text content]LONDON 21 Sept. - Seorang ibu dan anak perempuan nyaris maut ketika sebuah lori yang membawa beribu-ribu ekor ayam terbalik ke atas kereta mereka, kelmarin. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan