Berita Harian: Dunia |
Posted: 11 Sep 2011 03:01 PM PDT Dunia PRESIDEN Amerika, Barack Obama menyampaikan ucapan pada majlis memperingati ulang tahun serangan 11 September, di New York, semalam. WELLINGTON: Satu dekad selepas tragedi 11 September 2001 mengubah banyak perkara kepada ramai orang, pemimpin dunia dan berjuta-juta penduduk yang masih lagi mengingati tragedi serangan ke atas Amerika Syarikat itu. Dari Sydney ke Atlanta, upacara rasmi diadakan untuk mengingati hampir 3,000 orang daripada lebih 90 negara yang maut dalam serangan itu. Sementara itu, pihak berkuasa di Washington dan New York mengetatkan kawalan keselamatan sebagai reaksi kepada perisikan mengenai kemungkinan berlakunya serangan bom kereta. Bagi sebahagian orang, kesakitan itu tidak akan berhenti. Di KUALA LUMPUR, Pathmawathy Navaratnam, bangun setiap pagi Ahad di kediamannya di Kuala Lumpur dan melakukan perkara sama setiap hari sejak 10 tahun lalu, iaitu mengucapkan selamat pagi kepada anaknya, seorang penganalisis kewangan, Vijayashanker Paramsothy, 23, yang terbunuh dalam serangan di New York.Dia sinar hidup saya. Dia menikmati kehidupannya, tetapi saya tidak dapat menerima dia sudah tiada. Saya masih hidup, tetapi hakikatnya hati saya sudah mati, katanya. Di MANILA, berpuluh-puluh bekas penghuni rumah setinggan membawakan bunga mawar, belon dan berdoa untuk seorang lagi mangsa, Marie Rose Abad, warga Amerika. Kawasan kejiranan itu adalah kawasan setinggan yang dipenuhi sampah, tetapi pada 2004, suami Abad membina 50 rumah sebagai memenuhi permintaan terakhir isterinya yang mahu membantu golongan miskin negara itu. Di NEW PLYMOUTH, pemain pasukan ragbi American Eagles adalah antara yang pernah mengingati ulang tahun itu. Pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan Ragbi Piala Dunia mendengar ucapan Duta Amerika, David Huebner, yang saudara lelakinya, Rick, selamat dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Tidak, bukan marah tetapi sedih. Sedih kerana orang melakukan perkara itu percaya mereka membuat perkara baik, katanya. Pesara guru dan suaminya, Jack, 92, bercadang menghadiri perhimpunan semalam seperti biasa di gereja sebelum menghadiri majlis peringatan pada tengah harinya. Menakjubkan kerana ia sudah 10 tahun, rasa seperti baru kelmarin, kata Tompsett. Di SEOUL, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak, menghantar surat kepada Presiden Barack Obama, menyatakan takziah kepada mangsa serangan itu dan keluarga serta penduduk Amerika. Lee, menyifatkan serangan itu tidak boleh dimaafkan dan memuji usaha berterusan Amerika untuk memerangi keganasan. Sementara pemimpin di Pakistan, yang menjadi mangsa keganasan al-Qaeda, tetapi turut dituduh tidak berusaha bersungguh-sungguh memerangi militan, berkata, mereka menyertai rakyat Amerika menghormati mangsa yang maut 10 tahun lalu. Sebagai negara yang terjejas teruk akibat keganasan, kami menegaskan kesediaan mengukuhkan kerjasama untuk membasmi keganasan, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan. AP
|
Israel pindah diplomat di Mesir Posted: 11 Sep 2011 02:59 PM PDT Dunia KAHERAH: Israel berdepan krisis terburuk dengan Mesir dalam tempoh 30 tahun selepas terpaksa memindahkan diplomat dan keluarga mereka ke tempat selamat ketika kedutaan rejim Zionis itu di Kaherah diserang penduduk tempatan.Kepungan terhadap kedutaan berakhir dengan 86 warga Israel dipindahkan selepas campur tangan Rumah Putih berikutan panggilan telefon antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Serangan itu ialah krisis diplomatik terbaru menyelubungi kerajaan Yahudi itu, yang sedia berdepan masalah ketegangan dengan Turki sejak sembilan hari lalu. Israel turut berdepan tsunami diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini apabila majoriti negara dijangka menyokong pengiktirafan negara merdeka Palestin.Serangan ke atas kedutaan, yang menyaksikan pagar keselamatan dimusnahkan dan sekumpulan penunjuk perasaan masuk ke pintu kawasan selamat bangunan berkenaan, akan menjejaskan dengan teruk kepada hubungan aman kedua-dua negara, kata Netanyahu. Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan besar ke atas amalan diplomatik yang diterima. Netanyahu bermalam di bilik operasi Kementerian Luar yang menangani krisis itu. Lapan diplomat dan keluarga mereka dipindahkan dengan pesawat tentera Israel tetapi enam lagi kakitangan terperangkap di dalam bangunan.
Bagaimanapun, keenam-enam yang terperangkap itu berjaya diselamatkan komando Mesir selepas campur tangan Amerika. Obama bercakap dengan Netanyahu pada malam berkenaan, kata Rumah Putih. Beliau turut merayu Mesir untuk menghormati kewajipan antarabangsa. Perdana Menteri Britain, David Cameron, turut mengutuk serangan itu dan mendesak Kaherah mematuhi tanggungjawabnya menurut Konvensyen Vienna untuk melindungi kakitangan dan harta diplomatik. Tiga maut ketika bantahan itu di Kaherah dan sekurang-kurangnya 1,093 cedera, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Mesir. Sentimen anti-Israel di Mesir memuncak sejak pembunuhan lima tentera negara itu oleh tentera Israel berikutan serangan militan bulan lalu berhampiran sempadan kedua-dua negara yang meragut nyawa lapan penduduk Israel. Beribu-ribu penduduk menyerbu Kedutaan Israel di Kaherah, dan rejim Zionis itu terpaksa mengeluarkan isu menyatakan kekesalan mereka di atas kejadian berkenaan dengan harapan ia dapat membendung kebencian rakyat Mesir. Israel bimbang dengan masa depan perjanjian damainya dengan Mesir, yang ditandatangani 30 tahun lalu, sejak sekutu kuatnya, bekas Presiden Hosni Mubarak, ditumbangkan dalam kebangkitan rakyat awal tahun ini. Kerajaan Yahudi itu juga risau dengan ketegangan hubungannya dengan Turki, terutama dengan lawatan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, ke Kaherah di tengah kebimbangan dia akan membentuk pakatan anti-Israel dengan kerajaan baru Mesir. Agensi
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan