Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Greece pintas kapal Flotila
ATHENS 5 Julai - Sebuah kapal Kanada yang membawa bekalan perubatan dinaiki lebih 40 aktivis pro-Palestin dipintas pengawal pantai Greece semalam, selepas ia melanggar larangan belayar dari pelabuhan negara ini ke Genting Gaza. Menurut saksi, kapal 'Tahrir' dilapor meninggalkan pelabuhan di pulau Crete. Seorang aktivis di Athens memberitahu Reuters, kebanyakan aktivis yang berada di atas kapal itu merupakan rakyat Kanada, Belgium, Perancis, Itali dan Turki. "Pengawal pantai Greece berjaya memintas kami. Kami pada mulanya cuba melawan, tetapi tiada sesiapa tercedera. "Mereka mungkin membawa kami kembali ke pulau Crete, tetapi kami tetap mahu ke Gaza. Buat masa ini, kapal kami dirampas, tetapi tiada seorang pun antara kami ditahan," kata aktivis David Heap menerusi panggilan telefon dari kapal 'Tahrir'. Dalam satu kejadian terbaru hari ini, sebuah kapal Perancis 'Dignite al Karama' bersama lapan aktivis turut mengenepikan larangan belayar oleh Greece apabila meninggalkan perairan negara ini dalam cubaan mencabar sekatan Israel ke atas Genting Gaza. - Reuters/AFP | ||
Polis diberi kuasa arah buka burqa Posted: Polis diberi kuasa arah buka burqa
SYDNEY 5 Julai - Polis New South Wales, Australia diberikan kuasa mengarahkan seseorang membuka atau menanggalkan burqa, tudung dan penutup muka lain bagi membolehkan polis memeriksa identiti mereka yang disyaki melakukan jenayah. Ketua Menteri, Barry O'Farrel berkata, polis dibenarkan mengambil tindakan mengarahkan seseorang itu menunjukkan identiti mereka, sama ada ketika itu memakai topi keledar, burqa, purdah atau apa sahaja penutup muka lain. Katanya, mereka yang enggan menunjukkan muka mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun atau didenda AUS$5,500 (RM17,711). Kerajaan negeri itu meluluskan tindakan tersebut, semalam selepas kes seorang hakim membebaskan seorang wanita kerana identitinya tidak boleh dikenal pasti kerana memakai burqa. Pada November lalu, Carnita Matthews dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana membuat dakwaan palsu iaitu polis cuba memaksa dia membuka burqa yang dipakainya ketika memandu apabila dia ditahan kerana melakukan kesalahan trafik. Hukumannya itu dibatalkan pada bulan lepas apabila seorang majistret menyatakan beliau tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa Matthews merupakan pengadu aduan palsu itu kerana pegawai polis terbabit tidak dapat mengenal pasti muka pengadu tersebut. O'Farrel berkata, kuasa baru itu akan membantu mengelak berulangnya kes berkenaan. ''Saya menghormati pelbagai agama dan kepercayaan tetapi apabila melibatkan penguatkuasaan undang-undang, polis perlu diberikan kuasa untuk memeriksa identiti seseorang sepenuhnya,'' ujarnya. Polis sebelum ini diberikan kuasa untuk meminta wanita membuka purdah ketika siasatan jenayah berat tetapi tidak dalam pemeriksaan biasa. Majlis Agama Islam New South Wales menyatakan pihaknya menerima keputusan tersebut. Persatuan Wanita Islam menyatakan pihaknya mahu pegawai polis wanita turut serta ketika purdah diarahkan dibuka bagi mengelak sebarang aduan. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan