Selasa, 26 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Wanita didakwa cuba dirogol bekas ketua IMF dedah diri

Posted:

Wanita didakwa cuba dirogol bekas ketua IMF dedah diri

Wanita didakwa cuba dirogol bekas ketua IMF dedah diri


IMEJ menunjukkan Nafissatou Diallo (kiri) bercakap kepada wartawan Robin Roberts dari stesen televisyen ABC News.


NEW YORK - Seorang pekerja Hotel Sofitel yang mendakwa bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn melakukan serangan seksual ke atasnya akhirnya mendedahkan diri buat kali pertama.

Pekerja wanita tersebut, Nafissatou Diallo mendedahkan buat kali kejadian yang menimpa dirinya itu Diallo memberikan kenyataannya kepada majalah Newsweek dan stesen berita ABC News. Kedua-dua media itu menyiarkan temu ramah Diallo kelmarin.

Diallo berkata, Strauss-Kahn menyerangnya seperti seorang lelaki yang gila pada 14 Mei lalu di bilik suite berharga AS$3,000 (RM8,922) satu malam di Manhattan, New York. Wanita itu yang memperoleh upah AS$25 (RM75.35) sejam kerana membersihkan 14 bilik hotel sehari berkata, dia diberitahu oleh seorang pelayan perkhidmatan bilik bahawa suite tersebut kosong. Namun, Strauss-Kahn tiba-tiba muncul di dalam bilik dalam keadaan bogel dan membuatkannya terkejut, katanya. "Oh tuhan, saya minta maaf," kata Diallo kepada Strauss-Kahn.

Diallo berkata, dia memusingkan badan untuk keluar dari bilik hotel. Bagaimanapun, Strauss-Kahn bertindak menghalangnya, katanya lagi. Kemudian, Diallo berkata, Strauss-Kahn bertindak seperti seorang lelaki yang gila. "Anda seorang yang cantik," kata Strauss-Kahn kepada wanita tersebut. Menurut Diallo, dia kemudian ditarik oleh Strauss-Kahn ke bilik tidurnya. "Saya berkata, tuan, hentikan. Saya tidak mahu kehilangan pekerjaan saya," jelas Diallo.

"Saya tidak melihat ke arahnya. Saya berasa amat takut. Saya tidak menjangkakan sesiapa berada di dalam bilik. "Dia menarik saya ke atas katil," katanya kepada majalah itu. Diallo berkata, Strauss-Kahn kemudian bergelut dengannya. "Saya keluar di sana. Saya tidak kembali lagi. Saya berasa agak gementar," ceritanya lagi. Strauss-Kahn masih dibicarakan berhubung kes itu dan dia tidak mengaku salah melakukan serangan seksual. Dia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF sekoran kejadian berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tempoh tahanan pembunuh 'gila' dilanjut

Posted:

Tempoh tahanan pembunuh 'gila' dilanjut

Tempoh tahanan pembunuh 'gila' dilanjut


ANDERS BEHRING BREIVIK


OSLO - Pihak pendakwa raya Norway akan menuntut agar tempoh reman ke atas suspek utama kes serangan berkembar yang berlaku pada minggu lalu, Anders Behring Breivik dilanjutkan kepada lapan minggu. "Pendakwa raya, Christian Hatlo akan meminta tempoh reman dilanjutkan sehingga lapan minggu dan memohon agar perbicaraan dilakukan secara tertutup," kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Di Norway, tempoh maksimum tahanan reman adalah selama empat minggu. Sehingga kini, hanya Breivik menjadi suspek utama dalam serangan bom dan tembakan yang membunuh sekurang-kurangnya 93 orang pada Jumaat lalu. Suspek berusia 32 tahun itu mengaku membunuh dan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut, satu insiden terburuk dalam sejarah Norway sejak Perang Dunia Kedua. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penduduk marah nahas kereta api laju

Posted:

Penduduk marah nahas kereta api laju

Penduduk marah nahas kereta api laju


GAMBAR yang bertarikh 24 Julai lalu menunjukkan dua kren digunakan untuk mengangkat sebuah gerabak kereta api laju yang terbabas dari landasan kereta api di pekan Shuangyu dekat bandar Wenzhou, timur China.


WENZHOU, China - Media China dan orang awam marah semalam ekoran nahas kereta api laju yang berlaku pada Sabtu lalu. Nahas itu menyebabkan saham kereta api merudum sekali gus mencetuskan keraguan berhubung rancangan meluaskan lagi rangkaian pengangkutan awam itu. Dalam kejadian itu, sebuah kereta api laju yang terhenti dengan tiba-tiba kerana kehilangan kuasa telah dirempuh oleh sebuah kereta lain. Tiga pegawai kanan perkhidmatan kereta api dipecat mankala pihak pemerintah melancarkan kajian mengenai tahap keselamatan perkhidmatan tersebut.

Namun, pakar-pakar menyatakan nahas berkenaan yang menyebabkan 36 orang terbunuh telah mencetuskan perasaan bimbang dalam kalangan rakyat. "Saya bimbang. Kelmarin ketika saya menempah tiket, saya menimbang sama ada akan beralih dengan menggunakan bas," kata seorang pekerja dalan industri pakaian, Yu Dabao. Nahas kereta api pada Sabtu lalu itu berpunca daripada panahan petir. Akhbar People's Daily semalam memberi petunjuk bahawa keselamatan mungkin diambil mudah semasa membina sistem rangkaian kereta api. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan