Berita Harian: Dunia |
Menteri wanita Pakistan runding konflik 64 tahun Posted: 26 Jul 2011 03:21 PM PDT Dunia HINA tiba di lapangan terbang New Delhi, semalam. Khar dilantik minggu lalu selepas berkhidmat sebagai menteri luar muda sejak Februari, menjadi wajah diplomatik Pakistan ketika tempoh kritikal, lebih-lebih lagi berkaitan hubungan negara itu dengan Washington. Menteri yang mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan hotel itu akan terbabit dalam rundingan berhubung isu sempadan yang paling kacau di dunia yang membawa kepada peperangan tiga kali sejak 1947, dengan Menteri Luar India, SM Krishna yang jauh lebih berpengalaman. Rundingan itu yang pertama antara kedua-dua negara pada peringkat berkenaan sejak setahun lalu, adalah mesyuarat kedua bagi Hina selepas menghadiri forum keselamatan serantau dengan Asean di Bali minggu lalu, yang mana beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.Hina menggesa kedua-dua India dan Pakistan meninggalkan 'beban' sejarah.
India menggantung rundingan dengan Islamabad selepas serangan pengganas ke atas 2008 Mumbai yang New Delhi meletakkan kesalahan terhadap militan di negara jirannya itu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 26 Jul 2011 03:19 PM PDT Dunia Marah jika tak guna internetNEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah. Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain. Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post."Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak," kata firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online. Menurut kajian itu, 53 peratus daripada 1,000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan