Selasa, 26 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Peluru berkecai dalam tubuh

Posted: 25 Jul 2011 09:16 AM PDT

OSLO: Penyerang bersenjata Norway, Anders Behring Breivik menggunakan peluru dum-dum - yang meletup dan berkecai di dalam tubuh dan sering membunuh sasaran serta-merta - dalam serangan amuk di sekitar pulau Utoya.

Pendedahan pakar bedah itu dibuat ketika gambar menunjukkan kanak-kanak menggunakan tilam sebagai perisai bagi melindungi diri mereka di dalam bilik.


Saksi berkata, pembunuh itu tenang serta bersahaja ketika serangan dilakukannya, dan menjelaskan bagaimana mereka berpura-pura mati bagi mengelak dibunuh.

Mangsa yang ketakutan berusia antara 15 dan 25 tahun menyorok dalam bangunan, membongkok di bawah pokok dan berbaring antara mayat yang bergelimpangan. Yang lain berpura-pura mati, manakala sesetengahnya terjun ke dalam air laut yang sejuk bagi meninggalkan pulau Utoya, di barat-laut Oslo.


Sementara itu, ketua pakar bedah di hospital yang merawat mangsa pembunuhan perkhemahan belia itu berkata, pembunuh menggunakan peluru khas yang direka bagi menghancurkan bahagian dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan dalaman secara maksimum.


Ketua pakar bedah Hospital Ringriket di Honefoss, di barat-laut Norway, Dr Colin Poole, berkata pakar bedah yang merawat 16 mangsa tidak menemui peluru yang lengkap.

Poole berkata: "Peluru itu meletup di dalam tubuh. Peluru itu menyebabkan kerosakan dalaman yang benar-benar teruk." Pakar balistik juga berkata demikian dan memberitahu peluru dum-dum ringan dan boleh ditembak pada sasaran secara tepat dari jarak berbeza.


Peluru itu biasa digunakan oleh marsyal udara pesawat dan pemburu haiwan kecil.

Poole yang menjadi pakar bedah selama 26 tahun di hospital berkenaan berkata, peluru itu mudah pecah dan menimbulkan kekeliruan pada gambar x-ray.


"Ia menimbulkan masalah tambahan dalam menangani kecederaan disebabkan olehnya. Kesannya di dalam tubuh seperti dicucuk beribu-ribu pin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Breivik dedah misi jahat dalam manifesto 1,500 halaman

Posted: 25 Jul 2011 09:13 AM PDT

OSLO: Pembunuh gila Anders Breivik menulis manifesto menggerunkan menerangkan misi jahat pembunuhannya.

Dalam manifesto setebal 1,500 halaman itu, lelaki Norway itu mengisytiharkan perang ke atas umat Islam dan golongan sayap kiri - dan mengancam untuk menjatuhkan peradaban barat menjelang tahun 2083. Breivik - yang meningkatkan kemahiran ganasnya di kem neo-Nazi yang digelar The Vikings - memberitahu bagaimana dia membina gedung sejata dan menyembunyikan bahan letupan di ladang terpencil.


Manisfestonya mengandungi catatan tiga bulan terakhir persediaan kejadian letupan dan tembakan Jumaat lalu di Norway yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang.

Catatan terakhir - dibuat tiga jam sebelum bom kereta seberat 500 kilogram meletup di luar pejabat Perdana Menteri Jens Stoltenberg di Oslo - mengisytiharkan: "Sama ada semuanya atau tiada langsung."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan