Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pembangkang Singapura berkeyakinan

Posted:

Pembangkang Singapura berkeyakinan

Pembangkang Singapura berkeyakinan

SINGAPURA 6 Mei - Parti-parti pembangkang di Singapura berharap dapat meluaskan lagi bilangan mereka dalam Parlimen menjelang pilihan raya umum esok dengan memberi saingan paling hebat terhadap Parti Tindakan Rakyat PAP).

PAP yang mentadbir Singapura sejak 1959 dijangka akan mendapat undian majoriti selepas memenangi 82 daripada 84 kerusi pada pilihan raya 2006 namun ia bimbang dengan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kos tinggi kehidupan, polisi imigresen dan sebagainya.

Hampir separuh daripada 2.2 juta pengundi akan mengundi buat pertama kali, disebabkan banyak kerusi dimenangi tanpa bertanding dalam pilihan raya selama ini.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang memohon maaf semalam berhubung beberapa kesilapan dasar dan kekhilafan termasuk kes militan berjaya meloloskan diri dari penjara pada 2008, gagal membendung banjir tahun lalu, harga rumah yang tinggi dan kereta api metro yang sesak.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk anda dan sekiranya ia memberi masalah kepada anda, kami meminta maaf," kata Lee.

PAP kini berhadapan dengan cabaran terbesar sejak 1960 apabila menyaksikan 82 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan, ditentang oleh calon-calon parti pembangkang yang berpendidikan tinggi, usahawan, bekas pegawai kerajaan dan bekas aktivis PAP sendiri.

Inflasi, persaingan ekonomi dari imigran dan pekerja asing, serta jurang yang membesar antara kaya dan miskin, telah menjadi bahan utama kempen pilihan raya kali ini.

Menurut Menteri Luar Negaranya, George Yeo, terdapat 'kebencian' oleh sesetengah pihak terhadap kerajaan dan dasar politik yang dilaksanakan.

"PAP perlu melihat lebih jauh ke dalam mengenai parti itu sendiri dan bagaimana ia mentadbir kerajaan," kata Yeo dalam akhbar Straits Time yang disiarkan Jumaat lalu.

Sementara itu, seorang bekas penggubal undang-undang Singapura, Siew Kum Hong berkata, pihak pembangkang telah melakukan tugas mereka dan kini memberi fokus terhadap misi yang ingin dicapai di samping memberi saingan kepada PAP.

"PAP kini dilihat telah 'kehilangan' sentuhan pengundi," ujar Siew. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ke mana hala tuju Melayu Singapura?

Posted:

Ke mana hala tuju Melayu Singapura?

Ke mana hala tuju Melayu Singapura?

Daripada MOHAMAD FIKRI ROSLY


PARA penyokong parti pembangkang, Parti Pekerja bersorak semasa rapat umum di Stadium Serangoon, malam kelmarin. - AFP


SINGAPURA 6 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan beberapa hari sebelum hari penamaan pada 27 April mengakui pemimpin Melayu banyak memberi sumbangan nasional kepada kemajuan negara.

Mungkin atas dasar itu, kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengenengahkan calon baru seperti Dr. Intan Azura Mokhtar, wanita Melayu beragama Islam pertama mewakili parti itu di Kawasan Pilihan Raya Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dan Zainal Sapari di GRC Pasir Ris-Punggol.

Faktor kaum Melayu sebenarnya memainkan peranan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 negara pulau ini, mungkin kerana ia kumpulan etnik kedua terbesar walaupun hanya terdiri daripada 13.4 peratus daripada jumlah penduduknya.

Masakan tidak, hampir semua GRC meletakkan seorang Melayu dalam barisan calonnya, baik PAP mahupun pembangkang contohnya Perikatan Demokratik Singapura (SDA) yang meletakkan

Mohammed Rahizan Yaacob di Moulmen Kallang dan Mohammad Shafni Ahmad di Pasir Ris-Punggol.

Menariknya, Parti Perpaduan Nasional (NSP) juga tidak ketinggalan meletakkan Ketua Biro Melayu, Nor Lella Mardiiah Mohamed bertanding di GRC Chua Chu Kang walaupun ia baru dilancarkan setahun lalu.

Malah pengumuman penubuhan biro serupa dalam Parti Rakyat Singapura (SPP) oleh Setiausaha Agungnya, Chiam See Tong juga memberi petunjuk etnik minoriti sepertimana kaum India di sini adalah antara penentu keputusan dalam pengundian yang akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam esok.

Pencarian mengenai kedudukan Melayu Singapura membawa kepada Pertubuhan Melayu Kebangsaan Singapura (PKMS), atau sebelum ini dikenali sebagai UMNO Singapura yang terpaksa menyesuaikan diri dengan memutuskan hubungan dengan UMNO Malaysia dan menukar nama selepas negara pulau ini berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Perbualan dengan Timbalan Presiden, Abu Mohamed dan Bendahari Agungnya, Ismail Yaacob memberi gambaran lebih jelas tentang situasi 'Anak Bumiputra Pulau Singapura' ini sebagaimana disebut di dalam Perlembagaan Republik Singapura.

"Melayu yang sudah berjaya biasanya menyokong PAP dan mereka yang kurang berjaya menyebelahi pembangkang.

"Kami di PKMS mahu semua orang Melayu Singapura bersatu dengan memberi sokongan kepada kami kerana kita perlu bersatu dan bukan berpecah-belah," kata Abu ketika dihubungi Utusan Malaysia..

Namun pertemuan dengan Sekretariat Biro Melayu NSP, Ramli Mohamed pula memberi perspektif berbeza dan dia menyifatkan PKMS bukan benar-benar mewakili orang Melayu Singapura kerana suara Melayu atau Islam telah lama sepi, begitu juga kelemahan kaum itu dalam pendidikan dan arus kemodenan.

Beliau berkata, masalah PKMS adalah antara punca keluarnya NSP dan SPP daripada Perikatan SDA, yang kini hanya dianggotai serpihan UMNO itu dan Parti Keadilan Singapura (SJP).

Isu seperti prestasi badan bantu diri pendidikan Melayu/Islam seperti Yayasan Mendaki turut menjadi persoalan kerana Hsien Loong dan Dr. Intan menyatakan telah banyak pencapaian dicapai tetapi calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Aljunied, Pritam Singh meraguinya.

"Pendidikan adalah isu penting menjejaskan masyarakat Melayu. Meskipun Yayasan Mendaki dibentuk sejak 1992, hanya lebih satu peratus pelajar Melayu meraih biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) dari 2002 hingga tahun lalu," katanya ketika ceramah kempen di Yishun, kelmarin.

Kini terpulang di tangan orang Melayu Singapura untuk membuat pilihan ketika membuang undi esok, kerana mereka sendiri lebih jelas parti mana sebenarnya dapat menyuarakan hak mereka.

Apapun, nasib Melayu di Singapura adalah dekat di hati Melayu di Malaysia kerana kebanyakan 'orang kita' di sini mahu mereka menjadi iktibar, perpaduan adalah penting.

"Jika Hamas dan Fatah sudah berdamai, kita di sini harap UMNO dan Pas juga boleh begitu, lihat saja kami di sini dan Melayu di sana jangan sokong parti 'adik' Singapura di sana," luah Abdullah, 40-an, yang tidak mahu nama penuh dan pekerjaannya didedahkan ketika ditemui dalam kempen terakhir WP di Serangoon Stadium, malam tadi. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan