Berita Harian: Dunia |
PAP diramal raih 61 peratus undi Posted: 06 May 2011 03:06 PM PDT Dunia PENYOKONG PAP mengibar bendera parti ketika hari terakhir kempen di Singapura, semalam. SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura diramal memperoleh 61 peratus undi pada pilihan raya hari ini, merosot 6 peratus berbanding 67 peratus pada pilihan raya sebelum ini, menurut tinjauan. Agensi penyelidikan UMR beribu pejabat di Australia yang membuat tinjauan itu bagaimanapun menyatakan PAP tetap akan menang besar walaupun berdepan tentangan sengit parti pembangkang. Hasil tinjauan itu bagaimanapun tidak disiarkan secara online di republik itu."Pasaran kewangan Singapura tidak terjejas berikutan keyakinan PAP akan menang dalam pilihan raya," kata tinjauan itu. Pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam tempoh 50 tahun di republik itu dihangatkan perasaan tidak puas hati berikutan beberapa masalah seperti peningkatan sara hidup dan kebanjiran pendatang asing yang didakwa gagal ditangani dengan berkesan. Pembangkang yang berjaya menarik perhatian ratusan ribu penyokong dari kalangan mereka yang lahir selepas PAP mula berkuasa, bertanding 82 daripada 87 kerusi parlimen, jumlah tertinggi pernah dipertandingkan setakat ini.
Ekonomi Singapura berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi pendapat rakyat negara itu tidak seimbang dengan kejayaan yang dicapai. Jabatan Statistik dalam laporannya menyatakan kumpulan 10 peratus penduduk golongan sederhana di republik itu memperoleh pendapatan bulanan berjumlah S$1,400 (RM3,390) tahun lalu, berbanding 10 peratus kelompok teratas memperoleh pendapatan bulanan sebanyak S$23,684 (RM57,335).
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Abhisit mohon pembubaran Parlimen Posted: 06 May 2011 03:05 PM PDT Dunia BANGKOK: Perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam sudah menyerahkan permohonan membubarkan Dewan Rendah Parlimen, bagi memulakan pilihan raya awal.Abhisit berkata beliau menyerahkan perintah pembubaran kepada Raja Bhumibol Adulyadej, bagi mendapat perkenan diraja sebelum beliau ke Indonesia menghadiri sidang kemuncak ASEAN di Jakarta. Abhisit berkata beliau akan mengadakan sidang media selepas kepulangannya dan dijangka mengumumkan pembubaran dan tarikh pilihan raya. Undian perlu diadakan dalam masa 45 hingga 60 hari selepas pembubaran dewan. Thailand berdepan krisis politik sejak 2006, apabila tentera melakukan rampasan kuasa. Negara itu tidak stabil sejak rampasan terbabit dan berlaku bantahan jalanan selepas pilihan raya.Penggal kerajaan Abhisit tidak berakhir sehingga akhir tahun ini tetapi beliau berharap ekonomi dan beberapa langkah diambil sebelum ini sebagai waktu sesuai mengadakan pilihan raya. Walaupun persetujuan diraja adalah rasmi, beberapa perkara turut membayangi rancangan pilihan raya, turut memberi kebimbangan parti setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, mungkin akan kembali semula. Parti pro–Thaksin, Puea Thai menang kebanyakan kerusi dalam pilihan raya pada 2007 dan boleh membentuk kerajaan tetapi perintah mahkamah dan demonstrasi anti–Thaksin membantu parti Abhisit, Demokrat untuk berkuasa. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan