Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Banjir: Thailand rugi RM25 juta

Posted:

Banjir: Thailand rugi RM25 juta

Banjir: Thailand rugi RM25 juta


Beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan berat meredah banjir di sebatang jalan raya di wilayah Surat Thani di selatan Bangkok pada 30 Mac lalu. Selatan Thailand dilanda banjir teruk sejak dua minggu lalu mengakibatkan kerugian kira-kira RM25 juta. - REUTERS


BANGKOK 8 April - Banjir selama dua minggu di wilayah selatan Thailand mengakibatkan industri pelancongan negara itu mengalami kerugian perolehan pendapatan berjumlah 2.5 bilion Baht (kira-kira RM250 juta).

Menurut Majlis Pelancongan Thailand, ketibaan pelancong telah merosot sehingga 30 peratus berikutan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan jalan, kereta api, penerbangan dan perkhidmatan feri.

Bagaimanapun, kesan jangka pendek itu tidak memberi kesan buruk kepada industri pelancongan secara keseluruhan dalam masa jangka panjang.

Empat wilayah masih dilanda banjir ialah Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Surat Thani dan Trang, kata seorang jurucakap Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand hari ini.

Katanya keadaan banjir di enam lagi wilayah iaitu Phangnga, Narathiwat, Satun, Chumphon, Songkhla dan Krabi — sedang beransur pulih.

Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat, yang ditutup sementara sejak Isnin lalu, kini dibuka semula semalam manakala perkhidmatan keretapi arah selatan dari Bangkok berhenti di Stesen Chai Ya, Surat Thani.

Angka korban banjir telah mencecah 58 orang dengan wilayah Nakhon Si Thammarat mencatat 25 kematian, Surat Thani (12), Krabi (10), Phattalung (5), Chumphon (3), Trang (2) dan satu di Phangnga. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pia Toscano tersingkir dari Idol

Posted:

Pia Toscano tersingkir dari Idol

Pia Toscano tersingkir dari Idol


Pia Toscano


NEW YORK 8 April - Penyingkiran seorang peserta rancangan realiti terkenal American Idol, Pia Toscano semalam, mengundang rasa tidak puas hati para penyokong dan kemarahan barisan hakim.

Penyingkiran mengejutkan Toscano selepas tema mingguan Rock and Roll Hall of Fame yang dibimbing oleh mentor will.i.am meninggalkan lapan peserta akhir untuk terus bersaing bagi memenangi musim ke-10 rancangan bakat televisyen itu.

"Saya tidak tahu apa yang baru saja terjadi di sini, Saya terkejut, saya sangat marah," kata seorang hakim, Jennifer Lopez.

Sementara itu hakim veteran rancangan tersebut, Randy Jackson turut menyatakan ketidakpuasan hatinya.

"Ini membuatkan saya marah, kamu adalah seorang penyanyi terbaik di sini," katanya kepada Toscano.

Toscano, 22, yang berasal dari Queens, New York City melangkah keluar dari pentas diiringi oleh tepukan gemuruh dan persembahan lagu I'll Stand by You.

Dua lagi peserta yang turut berada di tangga ketiga terbawah adalah Stefano Langone dan Jacob Lusk.

''Penyingkiran Toscano mungkin disebabkan oleh peminatnya yang beranggapan peserta itu terselamat daripada penyingkiran,'' kata hos rancangan tersebut Ryan Seacrest. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan