Kosmo Online - Dunia |
NATO didakwa bunuh 10 pemberontak Libya Posted: NATO didakwa bunuh 10 pemberontak LibyaBEBERAPA anggota pemberontak menaiki trak di luar bandar Brega di timur Libya semalam. AJDABIYA - Serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya didakwa menyebabkan lebih sepuluh pemberontak maut. Seorang pegawai NATO menyatakan bahawa pesawat-pesawat perikatan itu membunuh lebih 10 anggota pemberontak yang menentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Kejadian itu berlaku dalam satu serangan udara di antara bandar ini dan bandar minyak, Brega semasa para pemberontak menentang tentera Gaddafi. "Kami sedang melakukan siasatan dan kami cuba untuk mendapatkan fakta," kata pegawai berkenaan kepada agensi berita Jerman, Dpa. "Adalah sukar untuk kita mendapatkan fakta kerana kami tidak mempunyai tentera di darat," jelas pegawai berkenaan. Pada Selasa lalu, NATO mengaku bahawa beberapa anggota pemberontak dan orang awam terbunuh dalam serangan pada hujung minggu. Kejadian itu berlaku disebabkan tentera NATO tersilap membuat tanggapan dengan menganggap satu tembakan keraian sebagai satu serangan musuh. Perikatan itu juga menolak dakwaan Gaddafi bahawa tentera NATO telah mengebom sebuah kilang penapis minyak. "Dakwaan yang dibuat Gaddafi bahawa NATO bertanggungjawab dalam kebakaran di Telaga Minyak Sarir adalah palsu dan ia berlaku disebabkan oleh serangan tentera Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri," kata Ketua Operasi NATO di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard. NATO megambil alih kawalan daripada tentera Barat diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi melaksanakan zon larangan terbang di Libya selepas dipersetujui pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Zon larangan terbang dikuatkuasakan bagi mengelak Gaddafi membunuh rakyatnya sendiri bagi menghalang kemaraan tentera pemberontak. Kebangkitan rakyat di Libya berlaku sejak 15 Februari lalu di bandar Benghazi sebelum ia merebak ke bandar-bandar lain di negara ini. Para pemberontak itu menuntut perubahan politik dilakukan dengan melibatkan pengunduran Gaddafi sebagai pemimpin selepas beliau memerintah selama empat dekad sejak 1969 melalui rampasan kuasa. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi Posted: Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi
TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan. Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut. Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu. Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang. Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan. "Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya. Mengulas mengenai usaha mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor terbabit, Edano memberitahu bahawa proses itu berjalan dengan lancar. Katanya, sebanyak 6,000 kubik meter nitrogen akan digunakan dengan proses itu yang dijangka mengambil masa enam hari. TEPCO menyatakan, ia turut merancang mengepam nitrogen ke dalam reaktor No.2 dan No.3 sebagai langkah berjaga-jaga. Loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan akibat gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu yang turut mengorbankan lebih 12,500 orang dengan 15,000 lagi masih hilang setakat ini. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 126 sekolah ditutupBEBERAPA pelajar memegang payung kerana bimbang terkena hujan yang mengandungi radioaktif di sebuah sekolah di Seoul semalam. SEOUL - Sebanyak 126 buah sekolah di Korea Selatan ditutup kerana bimbang hujan di negara itu dicemari radiasi dari loji nuklear Fukusihima Daiichi di timur laut Jepun. Pejabat Pendidikan Wilayah Gyeonggi semalam dalam satu kenyataan memberitahu, ia membenarkan pihak pengurusan sekolah membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sesi persekolahan atau sebaliknya. Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kadar radiasi dalam air hujan adalah rendah dan ia tidak mengancam kesihatan manusia. Menurut beberapa pegawai, 126 buah sekolah di wilayah Gyeonggi telah ditutup manakala 43 lagi menyingkatkan waktu pembelajaran sebagai langkah berjaga-jaga. Wilayah berkenaan terletak berdekatan Seoul. Sementara itu, pakar-pakar keselamatan nuklear memberitahu, kebocoran radiasi dari loji Fukushima Daiichi ke dalam air dan udara, tidak mengancam kesihatan mereka yang tinggal di luar zon perpindahan sekitar 20 kilometer dari sekitar loji itu. Loji nuklear Fukushima Daiichi itu rosak selepas gegaran kuat gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu. Para pekerja bertungkus-lumus menghalang radioaktif tersebar ke udara dan laut akibat kebocoran di beberapa reaktor nuklear di loji berkenaan. Ekoran gempa bumi kuat itu, tsunami setinggi 10 meter melanda wilayah timur laut Jepun mengakibatkan lebih 27,500 orang terbunuh dan hilang. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan