Berita Harian: Dunia |
Sisa tsunami terapung di Pasifik Posted: 08 Apr 2011 10:50 AM PDT Dunia Sampah kereta, rumah dan mangsa ombak gergasi menuju Pantai Barat ASTOKYO: Sisa kemusnahan yang dihanyutkan ke laut berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun dilaporkan terapung di Lautan Pasifik dan boleh sampai ke Pantai Barat Amerika Syarikat. Lebih 200,000 bangunan dihanyutkan gelombang kuat berikutan gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter pada 11 Mac lalu. Ada laporan menyebut, ada kereta, traktor, kapal yang karam malah seluruh bangunan rumah terapung di laut.Lebih memeranjatkan ialah ramalan pakar laut Amerika, Curtis Ebbesmeyer yang percaya kaki manusia lengkap berkasut turut dihanyutkan ke Pantai Barat Amerika dalam masa tiga tahun. "Saya meramalkan rumah, bot dan kaki yang masih memakai kasut kini terapung," kata Ebbesmeyer yang menghabiskan masa selama berdekad menjejaki barangan terapung. Beberapa ribu mayat dihanyutkan ke laut berikutan bencana terbabit dan ketika kebanyakan anggota badan akan putus dan pecah dalam air, kaki yang masih berkasut akan meneruskan perjalanan, kata Ebbesmeyer. Krew Armada Tentera Laut ke-7 Amerika yang menemui sampah luar biasa yang terapung mengakui tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan memberi amaran ia memberi ancaman kepada kapal. "Sampah ini memberi masalah kepada kapal yang cuba lalu kerana kebanyakan bot menggunakan kipas selain pukat dan ia boleh menjadi mengancam pihak yang cuba menanganinya," kata Ensign Vernon Dennis kepada ABC News. "Jadi berhadapan dengan halangan ini sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan jika kapal anda terkandas ketika melintasinya." Saintis berkata, longgokan sampah pertama dari Jepun dijangka tiba di pantai barat Amerika dalam masa setahun selepas dibawa arus ke arah Washington, Oregon dan California. Ia kemudian akan ke Hawaii dan balik semula ke Asia dalam apa yang dikenali sebagai putaran Pasifik Utara, kata Ebbesmeyer yang menemui kasut Nike, mainan mandian plastik dan sarung tangan hoki dari kapal kargo Asia serta menjejaki sampah lebih besar bergerak ke seluruh Pasifik dari Jepun. Beliau bergantung pada ribuan pengunjung pantai untuk melaporkan lokasi dan maklumat lengkap apa yang ditemui. "Bayangkan keadaan jika anda letak bandar utama dalam pengisar sampah dan taburkan sisanya ke laut," katanya. Sebahagian sampah yang sampai di Pantai Barat juga mungkin mengandungi radioaktif berikutan kerosakan loji nuklear Jepun, kata James Hevezi, pengerusi Suruhanjaya Kolej Radiologi Amerika Syarikat mengenai Perubatan Fizikal. "Tetapi, ia mungkin berisiko rendah," kata Hevezi. "Jumlah dalam barangan ketika itu mungkin tiba di Pantai Barat dengan kadar yang amat minimum." Hanya sebahagian kecil sampah akan dihanyutkan ke laut dan bagaimana cepat ia sampai ke sana dan di mana ia mendarat bergantung kepada apungan, bahan dan faktor lain. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Universiti mansuh yuran ikut prestasi Posted: 08 Apr 2011 10:49 AM PDT Dunia Langkah elak pelajar gred rendah bunuh diriSEOUL: Universiti teknologi dan sains terkemuka Korea Selatan memansuhkan sistem insentif yang dianggap punca beberapa pelajar membunuh diri kerana kadar yuran ditentukan oleh pencapaian akademik. Empat pelajar membunuh diri sejak Januari lalu termasuk dua pada minggu ini, mencetuskan kritikan hebat terhadap Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Korea (KAIST). Mangsa terkini berusia 19 tahun terjun dari bangunan apartmen di Incheon, kelmarin, sehari selepas beliau dihantar notis tidak hadir ke kelas."Bagaimana mahu menjadi aktif dengan syarat seperti itu? Pelajar KAIST sepatutnya seronok belajar i bukannya menghadapi tekanan melampau," kata pelajar yang dipetik olah Korea Herald. KAIST ditubuhkan 40 tahun lalu untuk memupuk kelas sains dan teknologi bertaraf dunia. Presidennya, bekas profesor MIT, Suh Nam-Pyo memutuskan pada 2007 untuk menetapkan kadar yuran berdasarkan prestasi akademik sebagai motivasi untuk pelajar berusaha keras.
Sistem itu disifatkan tidak adil kepada pelajar dari sekolah tinggi vokasional atau sekolah kurang berprestij kerana mereka tiada peluang menghadiri kelas yang kebanyakannya dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Isu terbabit mula mendapat perhatian lalu apabila pelajar berusia 19 tahun dikenali sebagai 'genius robot' kerana bakat memasang robot, membunuh diri selepas mengadu terlalu tertekan dengan kerja sekolah yang banyak. Katanya, dia menghadiri sekolah tinggi vokasional dan diberikan tempat di universiti elit selepas memenangi anugerah dalam pertandingan memasang robot. Dia terpaksa kuat berusaha tetapi ia tidak mendatangkan hasil kerana perlu membayar yuran penuh kerana mendapat gred rendah.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan