Berita Harian: Dunia |
243 puting beliung 'serang' Amerika Posted: 18 Apr 2011 01:40 PM PDT Dunia Kawasan bencana umpama zon perang selepas beratus-ratus rumah rosak, musnahJACKSON (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah. Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.Ketika penduduk memulakan kerja pembersihan dan mencari sisa dari rumah mereka yang boleh digunakan semula, kisah puting beliung mencabut dan menerbangkan pokok seperti kayu besbol, memecah dan menyebabkan rumah tunggang terbalik, kedengaran hampir di mana saja.Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Jonathan Robinson berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau segera mendukung anak lelaki sepupunya Ayden yang berusia tiga bulan bersembunyi di dalam sebuah peti di bilik tidurnya. "Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas dari pegangan saya dan diterbangkan ke udara," katanya. Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden. Penduduk daerah Askewville, Carolina Utara, Justin Dunlow, 23, hanya mampu berdoa, apabila beliau bersama dua anaknya yang masih kecil dihempap dinding rumah bergerak mereka yang runtuh. "Saya boleh bina semula rumah saya, tetapi saya tidak dapat ganti dua anak jika kehilangan mereka. Saya bersyukur kerana kami selamat," katanya. Audrey McKoy yang tinggal dekat Bladen County sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka. "Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz," katanya. Mereka yang bersembunyi di bilik air sempat mendengar bunyi pokok tumbang dan rumah lain ditiup angin. Sebaik keluar untuk melihat kemusnahan, rumah mereka juga sudah terbalik. Puting beliung membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut. Akhbar Wall Street Journal melaporkan, puting beliung kuat yang melanda Carolina Utara petang kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut. Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain. Gabenor Bev Perdue mengisytiharkan perintah darurat berikutan kejadian itu. – AP/Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
1,000 terbunuh di kota Misrata Posted: 18 Apr 2011 01:37 PM PDT Dunia ANGGOTA pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan membantu mangsa bedilan tentera Libya di Misrata. MISRATA: Kira-kira 1,000 orang terbunuh dan lebih 3,000 lagi cedera di bandar Misrata, sejak tentera yang setia dengan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melancarkan serangan meriam dan tembakan curi, enam minggu lalu. "Kira-kira 80 peratus yang terbunuh adalah penduduk awam," kata ketua pentadbir sebuah hospital utama di bandar itu, Dr Khaled Abu Falgha. Beliau berkata, pegawai perubatan menyaksikan peningkatan mendadak dalam jumlah pesakit yang dibawa ke hospital itu minggu lalu, ramai di antara mereka cedera di kepala dan leher, akibat serangan penembak curi."Enam katil di unit rawatan rapi kini menempatkan lelaki yang cedera akibat serangan kumpulan penembak curi yang setia kepada Gaddafi dan ditempatkan di sekitar bandar ini," katanya. Abu Falgha berkata, keadaan kecederaan pesakit sejak minggu lalu juga semakin serius, berpunca daripada serangan bom berangkai dan ramai di kalangan mereka terpaksa dipotong anggota badan. Bom berangkai yang akan mengeluarkan ratusan bom lebih kecil apabila meletup, diharamkan di kebanyakan negara tetapi dipercayai digunakan secara meluas di Libya.
Misrata, bandar ketiga terbesar di Libya adalah kubu kuat terakhir pemberontak di bahagian dan menjadi sasaran serangan tentera kerajaan sejak tujuh minggu lalu. Selain penduduk awam yang terbunuh, beribu-ribu pekerja asing juga terkandas di sini dan terpaksa hidup dalam keadaan daif sementara menunggu peluang untuk meninggalkan negara itu. "Tentera Gaddafi mengebom Misrata sekarang. Mereka melancarkan roket dan melepaskan bedilan meriam dari Nal el Theqeel di sebelah timur," kata seorang pemimpin pemberontak, Abdubasset Abu Mzeireq. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 100 orang cedera dalam pertempuran terbaru, kebanyakannya penduduk awam. Laporan ini, bagaimanapun, tidak dapat disahkan. Sebuah kumpulan hak asasi beribu pejabat di Amerika berkata, tentera Gaddafi melancarkan serangan roket dan tembakan peluru mortar besar-besaran ke kawasan kediaman penduduk dan satu daripadanya mengorbankan lapan orang awam yang sedang beratur untuk mendapatkan roti, kelmarin. – Reuters/AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan