Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Bukan bermotif politik
JAKARTA 7 Mac - Pendakwa raya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini menolak hujah bantahan awal guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang menyatakan dakwaan ke atasnya bermotifkan politik. Pendakwa raya Muhammad Taufik berkata, mereka menolak hujah bantahan yang menyatakan dakwaan yang dibuat Abu Bakar mempunyai kaitan dengan negara asing. "Pendakwaan dibuat atas kebimbangan jenayah pengganas dan tidak bermotifkan politik," katanya. Dalam perbicaraan mahkamah Khamis lalu, Abu Bakar mengecam Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya atas 'cubaan tidak henti-henti' mereka untuk menyabitkannya bersalah dalam kegiatan pengganas. Dengan membaca kenyataan bantahan awalnya, Abu Bakar memberitahu AS adalah dalang di sebalik tiga perbicaraannya dalam tempoh lapan tahun. "Ketika saya kembali dari lawatan ke Malaysia, Firaun AS menuduh saya menjadi pemimpin al-Qaeda yang patut dihapuskan dari Indonesia," katanya semasa membacakan kenyataan setebal 90 halaman itu. Dia kini berhadapan dengan dakwaan mengetuai dan membiayai kem latihan separa tentera di Aceh. Sementara itu, Munarman, peguam kepada Abu Bakar berang selepas pendakwa raya menyifatkannya sebagai tidak sopan ekoran kenyataan yang dibuatnya minggu lalu tentang Dulmatin, pembuat bom terkenal yang dikehendaki atas serangan Bali 2002. "Sudahkah polis dan pendakwa raya menyoal siasat Dulmatin dari dalam kubur," kata Munarman. Beliau turut mempersoalkan bagaimana pendakwa raya boleh membuat kesimpulan daripada hasil perbualan kerana pertemuan itu dibuat secara bertentangan mata. Dulmatin dibunuh dalam serbuan polis tahun lalu. Penyokong Bashir mengikuti perbicaraan itu melalui skrin televisyen besar yang dibina di luar mahkamah sambil memekik 'Pendakwa raya yang memalukan, anda tidak beragama'. Abu Bakar hari ini turut memberitahu Hakim Herri Swantoro bahawa kem latihan separa tentera di Aceh dibina atas syariat Islam. - AGENSI | ||
Penduduk Ras Lanouf di timur Libya lari selamatkan diri Posted: Penduduk Ras Lanouf di timur Libya lari selamatkan diri
RAS LANOUF 7 Mac - Penduduk Ras Lanouf melarikan diri hari ini kerana bimbang bandar yang dikuasai pemberontak di timur Libya ini akan diserang oleh tentera Muammar Gaddafi. Ketika tentera Gaddafi menyekat kemaraan pemberontak menuju ke bandar kelahirannya dan menawan semula sebuah pekan penting, pemimpin veteran itu menuduh Perancis mencampuri urusan dalaman Libya dan sekali lagi menyalahkan al-Qaeda sebagai punca pergolakan di negaranya. Penduduk kelihatan melarikan diri dari bandar minyak Ras Lanouf dengan menaiki kereta menghala ke Brega yang ditawan oleh pemberontak minggu lepas. Kakitangan sebuah hotel tempatan berkata, penduduk meninggalkan bandar ini kerana 'mereka menerima berita pertempuran akan meletus'. Askar pro-Gaddafi semalam menyekat kemaraan pemberontak menuju ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte. Pemberontak juga terpaksa berundur dari Bin Jawad yang ditawan kelmarin, selepas tujuh maut dan 50 lagi cedera dalam pertempuran. "Kami berundur dari Bin Jawad, Ras Lanouf akan menjadi barisan pertahanan kami," kata seorang pemberontak, Aqil al-Fars. Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pasukan kemanusiaan dibenarkan meninjau keadaan penduduk awam di bandar Misrata yang dibedil berkali-kali oleh kereta kebal tentera Gaddafi semalam, menyebabkan ramai yang 'cedera dan terkorban'. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, Menteri Luar Libya bersetuju untuk membenarkan satu pasukan 'penilaian kemanusiaan' melawat Tripoli. Ki-moon melantik bekas Menteri Luar Jordan, Abdelilah al-Khatib sebagai duta khas untuk mengadakan rundingan segera dengan kerajaan Gaddafi di Tripoli. Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan yang semakin meningkat untuk membekalkan senjata kepada pemberontak selepas pentadbiran Presiden Barack Obama didakwa terlepas peluang untuk menumbangkan Gaddafi pada peringkat awal pemberontakan yang bermula pada 15 Februari lalu. Ahli Kongres AS dan bekas pegawai pentadbiran nampak bersepakat mengenai kemungkinan senjata dibekalkan kepada pemberontak yang serba kekurangan sebagai cara untuk membantu mereka menewaskan tentera Gaddafi. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan