Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Mar 2011 02:10 PM PST Dunia WELLINGTON: Penyanyi Beyonce Knowles mendedahkan beliau tidak pernah menyangka untuk mencipta nama serta berjaya seperti sekarang tetapi memikirkan mungkin akan mengambil keputusan untuk bersara pada usia muda. Penyanyi sensasi R&B berusia 29 tahun ini mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang terlalu bercita-cita tinggi dan sememangnya merancang meninggalkan bidang nyanyian yang diceburinya ini ketika pada peringkat awal kehidupannya, lapor stuff.co.nz. "Ini sememangnya melucukan tetapi ketika saya masih remaja saya memikirkan untuk bersara ketika berusia 30 tahun," kata bintang terbabit sambil ketawa ketika ditemubual dengan majalah Cosmopolitan edisi Britain. "Sekarang saya hampir mencecah usia berkenaan dan saya tidak percaya berapa jauh lagi saya mahu lakukannya.""Saya tidak pernah bayangkan saya berjaya seperti apa yang saya kecapi sekarang. Saya cuma memikirkan sebelum ini sudah cukup baik kalau mampu mempunyai sebuah rekod," katanya sambil tersenyum. "Saya tidak pernah bayangkan anugerah, filem. Saya masih tidak percayakannya. Saya bersyukur semua itu dan tidak akan sia-siakannya. Apabila saya lakukan sesuatu, saya cuba melakukan seboleh mungkin." Penyanyi terbabit mula dikenali pada tahun 1990-an sebagai penyanyi kumpulan gadis, Destiny's Child. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Madhuri Dixit jadi duta beras basmati Posted: 07 Mar 2011 02:09 PM PST Dunia NEW DELHI: Diva Bollywood, Madhuri Dixit dilaporkan bakal menjadi duta global bagi jenama beras basmati Bush Foods, Neesa."Madhuri Dixit akan menjadi wajah global untuk jenama kami, Neesa. Kami akan melancarkan satu kempen melalui televisyen dan media cetak ke seluruh dunia tidak lama lagi yang akan memaparkan beliau," kata Virkaran Awasty, pengerusi yang juga pengarah urusan Bush Foods. Ketika mengesahkan perkara itu, Madhuri Dixit berkata: "Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bush Foods sebagai duta global mereka bagi jenama beras basmati klasik, Neesa." Bagaimanapun aktres berusia 43 tahun berkenaan mahupun pihak syarikat terbabit enggan mendedahkan jumlah yang dibayar serta syarat kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak."Kami memperuntukkan sejumlah perbelanjaan bagi pemasaran dan promosi," kata Awastu, sambil menambah bahawa kehadiran Madhuri Dixit sebagai duta syarikat terbabit diharapkan bakal meningkatkan lagi jualannya secara global. Bush Foods mengeksport beras basmati mereka ke 28 negara seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand selain Eropah dan juga Asia Barat. Awasty berkata syarikat berkenaan menyasarkan pulangan sebanyak Rs770 juta (RM51.7 juta) bagi tahun ini. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan