Kosmo Online - Dunia |
- Bekas penari dedah kehidupan mewah anak Gaddafi
- Sembilan maut pub terbakar di Taiwan
- Lapan askar Britain ditahan di Libya
Bekas penari dedah kehidupan mewah anak Gaddafi Posted: Bekas penari dedah kehidupan mewah anak GaddafiDAFINKA MIRCHEVA, (atas kanan) SAADI GADDAFI LONDON - Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedakan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin. Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya. Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya. Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian. "Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai. "Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut. Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004. Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah. Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka. Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali. Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian. Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu. Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis. Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam. Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra. Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156). Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta). "Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya. Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sembilan maut pub terbakar di Taiwan Posted: Sembilan maut pub terbakar di TaiwanTAICHUNG - Sembilan orang termasuk dua pasangan mati dalam kebakaran sebuah pub dua tingkat di tengah Taiwan semalam, kata polis dan pegawai bomba. Sisatan awal menunjukkan kebakaran itu bermula apabila seorang penari menggunakan bunga api semasa membuat persembahan di pub tersebut yang terletak di Taichung. Penari dan pemilik pub itu kini ditahan polis selepas kejadian tersebut turut menyebabkan 12 orang cedera. Seorang wanita yang cedera memberitahu bahawa ramai orang sedang menari dan minum semasa asap mula keluar. Menurutnya, para pengunjung pub itu kemudian panik dan menyebabkan mereka berasak-asak untuk keluar bagi menyelamatkan diri. Wanita itu menyatakan, kira-kira 70 orang berada di dalam pub tersebut semasa kejadian. Seorang anggota bomba menjelaskan bahawa mayat-mayat sukar dikenal pasti kerana rentung akibat terbakar. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lapan askar Britain ditahan di Libya Posted: Lapan askar Britain ditahan di LibyaLONDON - Lapan anggota pasukan perkhidmatan rahsia Britain (SAS) ditangkap oleh kumpulan penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di Libya. Seorang jurucakap penentang menyatakan, beberapa askar Britain dan seorang diplomat ditahan selepas mereka mendarat di kawasan yang dikuasai para penentang Gaddafi. Menurut sumber-sumber yang memberitahu stesen televisyen Sky News, askar-askar dan diplomat tersebut ditahan di bandar kedua terbesar di Libya, Benghazi. Campur tangan anggota-anggota SAS dalam pertempuran di Libya yang berlaku sejak bulan lalu itu mencetuskan kemarahan para penentang Gaddafi. Para penentang Gaddafi yang terdiri daripada orang awam itu dan askar-askar yang berpaling dadah bimbang sebarang campur tangan kuasa asing dalam pertempuran tersebut. Kebimbangan itu berdasarkan kepada sikap Gaddafi yang mungkin menjadikan campur tangan negara luar bagi meningkatkan sokongan orang awam terhadap rejimnya. Gaddafi yang sudah memerintah hampir 42 tahun memang terkenal dengan tindakannya yang suka mengkritik negara-negara Barat. Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox mengesahkan bahawa satu pasukan diplomatik kecil dari negaranya berada di Libya. Beliau yang enggan mengulas lanjut menjelaskan bahawa kehadiran pasukan itu adalah untuk berbincang dengan pihak penentang. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan