Kosmo Online - Dunia |
- Syria pula kian bergolak
- Tripoli diserang tentera Barat
- Tiga pekerja terdedah sinaran tinggi radiasi
Posted: Syria pula kian bergolakBEBERAPA tayar terbakar di salah satu sekatan yang dibuat oleh para penunjuk perasaan NICOSIA - Lebih 100 orang terbunuh selepas anggota-anggota polis bersenjata melepaskan tembakan ke sekumpulan penunjuk perasaan di bandar Daraa, selatan Syria kelmarin, menurut beberapa saksi dan aktivis hak asasi manusia semalam. Aktivis hak asasi manusia di Daraa, Ayman al-Asswad berkata, anggota-anggota keselamatan menggunakan peluru hidup ketika menembak ke arah para penunjuk perasaan di bandar yang terletak 120 kilometer ke selatan Damsyik. "Angka kematian sudah pasti melebihi 100 orang dan penduduk di bandar ini memerlukan masa selama seminggu untuk mengebumikan para syuhada mereka," katanya yang dihubungi melalui telefon di sini semalam. Seorang lagi aktivis meletakkan angka kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 150 kematian. Namun, perkara berbeza dilapor oleh pihak berkuasa Syria apabila hanya 10 orang sahaja yang mati. Bandar Daraa yang mempunyai penduduk seramai 75,000 orang telah menjadi kubu kuat tunjuk perasaan antipmerintah sejak 18 Mac lalu. Sementara itu, ribuan orang menjerit kebebasan di bandar ini semasa majlis pengebumian sembilan orang penunjuk perasaan antipemerintah diadakan. Tindakan para penunjuk perasaan itu membantah pemerintahan yang dipimpin oleh Parti Baath yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Syiah di Iran. Bandar ini dihuni oleh ramai penduduk berfahaman Sunah. Amerika Syarikat turut mengutuk pembunuhan di bandar ini. Ekoran tunjuk perasaan itu, Syria akan membuat beberapa keputusan penting. Pengumuman itu dibuat oleh seorang penasihat kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas tunjuk perasaan antipmerintah berlaku sejak seminggu lalu. Para penunjuk perasaan itu mahu Bashar meletakkan jawatan. Tuntutan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia pada Januari lalu dan Hosni Mubarak mengikut jejak sama di Mesir akibat kebangkitan rakyat. Bashar menjadi presiden pada 2002 bagi menggantikan bapanya yang meninggal dunia, Hafez al-Assad. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tripoli diserang tentera Barat Posted: Tripoli diserang tentera BaratSTESEN televisyen Sky News semalam menunjukkan kemusnahan akibat serangan tentera Barat di Tripoli, Libya. TRIPOLI - Beberapa letupan dan tembakan antipesawat menggegarkan bandar ini semalam semasa tentera Barat melakukan serangan pada hari keenam. Serangan itu dibuat selepas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi muncul bagi menunjukkan beliau masih hidup walaupun tentera Barat diketuai Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan serangan pada Sabtu lalu. Serangan itu dibuat bagi menguatkuasakan zon larangan terbang yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu. Zon larangan terbang itu dikuatkuasakan bagi menghalang tentera Gaddafi melakukan serangan ke atas penduduk awam. Namun, pemerintah Libya mendakwa serangan tentera Barat itu mengakibatkan 18 askar dan penduduk awam terbunuh. Menurut tentera AS semalam, tentera bersekutu Barat telah melepaskan 14 tembakan peluru berpandu Tomahawk ke atas pasukan keselamatan Gaddafi semalaman. Seorang jurucakap Pusat Pemerintah AS di Afrika di Jerman menyatakan, negara-negara yang menyertai serangan itu turut menggugurkan bom-bom di beberapa sasaran di Libya. Stesen televisyen ABC menerusi rangkaian beritanya melaporkan semalam bahawa sebuah jet pejuang Perancis menembak jatuh sebuah pesawat perang Libya di bandar Misrata. Pesawat terbang itu didakwa melanggar arahan zon larangan terbang yang dikuatkuasakan oleh PBB. Sejak tentera bersekutu yang diketuai AS mula melancarkan penguatkuasaan zon larangan terbang di Libya pada minggu lalu, lebih 175 peluru berpandu Tomahawak dibedil di Libya. SEORANG pekerja hospital memeriksa sejumlah mayat askar dan penduduk awam yang terbunuh akibat serangan tentera Barat di Tripoli semalam. Dalam perkembangan yang berkaitan, Britain mendakwa tentera udara Libya hampir lumpuh ekoran serangan yang dilakukan oleh tentera Barat. Beberapa serangan udara telah menyebabkan beberapa buah kereta kebal tentera Libya musnah di pinggir bandar Misrata. Namun, seorang penduduk berkata, sejumlah kereta kebal di dalam bandar Misrata tidak musnah akibat serangan. Sementara itu, pihak pemberontak yang menentang kepimpinan Gaddafi kini sedang berunding dengan pihak pemerintah di bandar Ajdabiya supaya tentera pemerintah dibenarkan meninggalkan bandar tersebut. Bagaimanapun, syarat yang dikenakan adalah anggota tentera Gaddafi itu perlu menyerahkan senjata kepada pihak pemberontak. Menurut laman web pemberontak, terdapat krisis kemanusiaan di Ajdabiya selepas beberapa hari bandar itu dibedil oleh tentera Gaddafi. Sebuah hospital dan sejumlah rumah di bandar berkenaan menjadi sasaran serangan tentera Gaddafi. Bagaimanapun, kebanyakan penduduk telah bertindak meninggalkan bandar tersebut. Pergolakan di Libya bermula pada 15 Februari lalu apabila para penunjuk perasaan berhimpun di bandar Benghazi membantah penahanan aktivis hak asasi manusia, Fethi Tarbel. Tunjuk perasaan menentang pemerintah itu kemudian bertukar menjadi peperangan menentang kepimpinan Gaddafi yang sudah memerintah selama empat dekad. Para penunujuk perasaan yang sebahagiannya menjadi pemberontak kemudian menuntut Gaddafi supaya meletakkan jawatan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tiga pekerja terdedah sinaran tinggi radiasi Posted: Tiga pekerja terdedah sinaran tinggi radiasiOSAKA – Seramai tiga orang pekerja di reaktor No.3 loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun terdedah pada sinaran tinggi radiasi, dua daripadanya telah dimasukkan ke hospital, lapor sebuah agensi keselamatan nuklear Japan semalam. Loji itu sebelum ini mengalami kerosakan pada sistem penyejuk ekoran gegaran kuat gempa bumi yang berukuran 9 pada skala Richter pada 11 Mac lalu. Jurucakap Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian (NISA) berkata, ketiga-tiga pekerja itu yang sedang memasang kabel di tingkat bawah tanah bangunan turbin terdedah pada radiasi tinggi antara 170 ke 180 milisievert. "Dua daripada pekerja itu telah dihantar ke sebuah hospital selepas mereka dijumpai dalam sebuah lopak air, walaupun mereka memakai pakaian pelindung radiasi tetapi air yang telah tercemar itu meresap ke dalam dan bahagian kaki mereka terdedah pada radiasi," katanya. Pendedahan sebanyak 100 milisieverts setiap tahun boleh dianggap masih rendah tetapi bukti-bukti yang ada menunjukkan jumlah tersebut masih boleh meningkatkan risiko kanser. "Pendedahan radiasi secara terus boleh menyebabkan radang dan sebab itu, mereka terus dihantar ke hospital untuk dirawat," ujar jurucakap berkenaan. Kesemua pekerja itu bekerja dengan anak syarikat pengendali loji jana kuasa Fukushima Daiichi, syarikat Tokyo Electronic Power Co. (TEPCO) yang terletak 250 kilometer dari Tokyo. Menurut TEPCO, sebanyak 14 orang pekerjanya telah terdedah kepada radiasi sekurang-kurangnya pada tahap 100 milisieverts. Sementara itu, angka kematian dan hilang akibat gempa bumi kuat di timur laut Jepun sehingga mengakibatkan tsunami meningkat melebihi 27,000 orang semalam. Polis Jepun menyatakan 9,811 orang disahkan terbunuh dan 17,541 lagi didapati masih hilang. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan