Jumaat, 25 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Myanmar dilanda gempa bumi

Posted: 25 Mar 2011 01:17 PM PDT

Dunia

Gegaran 6.8 skala Richter musnahkan ratusan bangunan, ragut puluhan nyawa

YANGON: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh di Myanmar dan seorang lagi di Thailand manakala beratus-ratus bangunan musnah selepas gempa bumi dengan ukuran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai malam kelmarin, kata pegawai kerajaan kedua-dua negara.

Laporan menyatakan gegaran dapat dirasai hingga ke Bangkok, Thailand kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian China. Seorang pegawai kerajaan Myanmar berkata berpuluh orang terbunuh di dua bandar berdekatan dengan pusat gempa.

"Jumlah kematian meningkat lebih 50 orang di pekan Tarlay dan Mine Lin," kata pegawai.

"Jalan ditutup. Mengikut maklumat yang diperoleh, lebih 130 bangunan runtuh akibat gempa itu. Mungkin lebih banyak kemusnahan dan kecederaan," katanya.

Sementara itu di kawasan sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai, selepas dinding rumahnya runtuh.
Radio Myanmar mengumumkan 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera tetapi angka kematian dijangka meningkat. Ia melaporkan 390 rumah, 14 kuil Buddha dan sembilan bangunan kerajaan rosak teruk.

Pegawai daripada Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan teruk berlaku di kampung Mong Lin, lapan kilometer dari Tachileik dengan 29 dilaporkan terbunuh dan 16 lagi cedera.

Akhbar melaporkan dua orang terbunuh termasuk kanak-kanak berusia empat tahun di Tachileik, bandar bersempadan dengan Mae Sai, wilayah Chiang Rai, Thailand.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu meninggalkan rumah masing-masing, ketika bangunan tinggi runtuh, manakala hospital dan sekolah dikosongkan ketika gempa bumi itu.

Di Yangon, pengarah wilayah bagi badan kebajikan World Vision, Chris Herink berkata kemusnahan prasarana akibat gempa tidak begitu kelihatan di kawasan terjejas seperti Kengtung dan Tachileik, walaupun banyak bangunan retak dan gangguan bekalan air di beberapa kawasan.

"Kawasan bergunung ganang berdekatan sempadan antara Thailand dan Laos, dikenali sebagai Segi Tiga Emas. Banyak perniagaan dijalankan di kawasan ini," katanya.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer timur laut Chiang Mai, destinasi pelancong terkenal Thailand.

Jabatan Kaji Cuaca Thailand mencatatkan enam gempa susulan selepas gempa bumi kuat itu.

Penduduk di bandar Chiang Rai berlari keluar dari rumah masing-masing semalam sebaik gempa susulan kembali.

Empat kuil di pekan bersejarah Chiang Saen berdekatan sempadan utara Thai turut musnah termasuk Chedi Luang, apabila tiangnya setinggi tiga meter tumbang.

Stesen Radio Kebangsaan China melaporkan gegaran turut dirasai di wilayah Yunnan, tetapi tiada kematian atau runtuhan bangunan berlaku. – AP/AFP/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 diplomat jalin hubungan sulit dihukum

Posted: 25 Mar 2011 01:17 PM PDT

Dunia

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan 10 bekas diplomat dan yang masih berkhidmat di konsulatnya di Shanghai akan dihukum selepas penyiasatan mendapati mereka menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita China yang sudah berkahwin.

Sebilangan pegawai itu mengadakan pertemuan dengan wanita berusia 33 tahun di bilik hotel manakala selebihnya makan malam bersamanya sebagai balasan mendapatkan visa atau membocorkan maklumat sulit.

Wanita itu bertindak sebagai orang tengah bagi rakyat China untuk mendapatkan visa bekerja di Korea Selatan, kata pejabat perdana menteri. Siasatan yang didedahkan pejabat itu mendapati ada diplomat mengeluarkan visa kepada rakyat China tanpa membuat penilaian terlebih dulu terhadap permohonan itu.

Dokumen dengan nombor telefon pegawai tinggi Korea Selatan turut bocor tetapi tidak dikira sebagai rahsia kerajaan.

Semalam Kementerian Luar berkata, pihaknya akan bertindak segera dan tegas terhadap mereka yang terbabit.

Korea Selatan mula menyiasat perkara itu sejak dua minggu lalu selepas mendapat maklumat.
"Siapa yang terbabit perlu dihukum dan pelbagai pendekatan perlu dinilai di pejabat diplomatik luar negara," kata pejabat perdana menteri, mengesahkan tindakan disiplin akan diambil namun masih belum ditentukan.

"Insiden ini menunjukkan seriusnya masalah disiplin yang rendah di kalangan diplomat," tambahnya.

Kes ini terbongkar apabila suami wanita itu yang juga rakyat Korea menulis kepada kerajaan di Seoul Januari lalu mengadu mengenai diplomat yang didakwa mengadakan hubungan intim dengan isterinya. – AFP/AP.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan